Bandung ke Jakarta - Day 5 (Last Day)

Untuk last day ni macam kat Bandung hari tu, malam sebelum berangkat aku memang dah siap-siap packing.. Malas aku nak terkejar-kejar baru nak kemas barang, nak checkout lagi.. So pagi ni senang, jalan-jalan kejap sambil habiskan masa tunggu waktu checkout..

Aku keluar hotel dalam pukul 9 pagi WIB camtu.. Sempat la pusing-pusing area Mangga Dua ni.. Sebelum sampai tu aku lintas ke satu sungai ni..Nama dia 'Ci Liwung' sungai dia memang sampai aku confuse, sungai ke longkang ni.. Giler.. Bersih lagi aku rasa Sungai Klang/Gombak.. tapi ade je sanggup meredah carik benda-benda boleh recycle.. Macam-macam...



Sungai ni kira dulu macam kebanggaan Batavia (atau sekarang dipanggil Jakarta) la.. Sampaikan sungai ni pernah orang ambik air dia buat stok minum terus.. Tapi sekarang sayang je.. Kalau banjir kt Jakarta ni dia la puncanya..

So aku terus lagi jalan-jalan kat area Mangga Dua ni.. Mall dia bersambung-sambung ada WTC Mangga Dua, ITC Mangga Dua, Mangga Dua Mall.. Yang paling gah sikit Mangga Dua Square la.. Kalau korang duduk area Mangga Dua ni, nak ambik Damri (shuttle bus ke airport) paling mudah kat Mangga Dua Square ni..

Masa pagi ni area sini tak la sibuk sangat.. Orang pun dok sibuk nak mulakan aktiviti.. Maybe sebab Sabtu gak la kot agaknya office tutup.. So tak berapa busy.. Tenang je.. Sedap sikit nak jalan.. Kang kalau jammed kang runsing pulak..


Untuk gambar yang bawah tu, belah kiri tu Pasar Pagi Mangga Dua.. Belah kanan tu BII Financial Center.. Lupa lak nak cakap, kalau korang pengguna Maybank, dah shopping sampai tetibe papa kedana, habis duit rupiah, korang leh withdraw duit kat sini.. Sebab BII ni link dengan Maybank.. Ingat ye, kalau Maybank, pasangan dia kat Indonesia ni Bank Internasional Indonesia atau BII.. Dia warna kuning gak cam Maybank.. 

Kat mana-mana ceruk Indonesia ni, carik la BII.. Kalau kat Bandung ada kat jalan Asia-Afrika.. Tak ada keperluan nak pegi kalau tak boleh la snap gambar.. Pasal rate, sorry aku tak sure.. Kalau nak tanya orang awam sini, cakap je nak carik "Bay-Ee" kalau die ngok-ngok tak tau gak, cakap je nama penuh bank, bahasa baku lebih membantu.. 

Mall dia takde yang menarik pun.. Entah la sebab niat kat Jakarta nak jalan-jalan je kan.. Dah masuk mall nak buat ape kan.. Mangga Dua Square agak jauh sikit la.. Aku ni pun takat nak usha tempat untuk ambik Damri je kan.. Jalan kaki leh la sampai.. Aku ni dengan luggage penuh kain sulam ni dah camno? Kena ambik public transport gak ah nampaknya..

Kat depan Mangga Dua Square ni ada Kali (sungai) Ancol pulak.. Sungai rupanya ingatkan tempat takung kicap.. Ish takde la.. Melawak je.. Sungai ni pun sayang gak la tercemar jugak..


Balik tu aku singgah jap kat hawker area luar Pasar Pagi Mangga Dua.. Dah nak balik kan.. Nak gamble makan makanan beli kat hawker.. Aku beli la Tahu Sumedang nak buat-buat alas perut.. Sebab ingat nak makan satay.. Sekali kedai satay tepi tu macam tak meyakinkan je.. Satu sebab aku fikir entah apa daging dia pakai (prejudis sungguh!) satu lagi dari segi hygiene dia memang meragukan la.. Aku bawak balik hotel je sambil siap-siap nak turun checkout..




6 ketul Tahu Sumedang ni harga dia Rp 3.000 jer.. Kiranya dalam 90 sen la cam tu.. Okay la kot kuih 6 ketul lagi murah dari seringgit kan.. First bite aku dah cam eh pahal? Wei tak payah rasa kau hambar gila.. Bukan apa, ada rasa la tapi takde rasa spicy langsung.. Aku ni tak tahan makan pedas sebenarnya, makan sikit pun 'sweating like a pig' kata orang.. Tapi takde la sampai makan sampai tak rasa pedas langsung.. Memang cam tak rasa pape langsung la..




Korek-korek rupanya dia siap letak cili kat dalam tu.. So apa nak buat, sekali ngap Tahu, sekali gigit cili.. Surprisingly cili dia tak pedas pun.. Ngam-ngam la aku makan.. Tak sempat nak beriya berpeluh pun.. Dah lepas makan dengan cili baru la berasa sikit.. Layan je laa..

Dah lepas makan ala kadar tu pun, aku turun checkout.. Luggage aku drop dulu dalam Luggage Room hotel sebab aku ingat nak jalan cari lunch area sini.. Sekali dah panas membahang camtu aku pun jadi malas.. So aku lepak-lepak kat luar hotel sambil tengok gelagat orang sekitar la..

Satu benda yang boleh respect orang Jakarta ni, diorang sangat menghormati pedestrian la.. Bayangkan kalau Jalan Sultan Ismail yang jammed bagai nak gila tu, kalau tak tunggu pedestrian traffic light tu merah jangan la ko nak melintas.. Tapi kat sini lantakkan aje.. Ko lintas je, walaupun ada kereta tengah laju, dia akan slow untuk bagi ko peluang melintas..

Tapi jangan ah kalau dah gaya cam berlumba dia bawak tu pun ko nak melintas gak.. Balik Malaysia dalam keranda je la jawabnya.. Nauzubillah! Tapi serious, cuba ko lintas jalan kat sana tengah-tengah jalan besar.. Kereta ke, motor ke, diorang akan slow down atau berhenti sampai ko lepas melintas depan dia.. Kalau kat tempat kita, lagi ko nampak orang nak melintas, lagi ko kejar nak bagi dia melintas lepas ko lalu.. 

Cara pemanduan memang cam lahanat.. Tapi dalam lahanat diorang tu, diorang punya pemahaman yang hebat dan bagus gila tolenrasi.. Malu pulak duduk Malaysia yang serba maju, masing-masing kalau pegang steering dok kira dosa.. Memaki je.. 

Kalau ko jalan sama arus dengan traffic, let say ada kereta kat belakang ko dia jalan melintasi ko, dia akan bunyikan hon.. Supaya ko aware, kat belakang ko ada kereta nak lalu.. Jangan la ko nak bertolak-tolak gurau senda.. So bila bunyi hon kita pun sedar oh belakang aku ade kete lalu.. Stay in-line je jalan.. Hon diorang konsep dia macam bertegur la.. Tak cam kita, hon tu memaki.. Kalau mintak bagi laluan ke, nak memotong ke, dia bunyikan hon nak bagi pemandu lain aware.. Bagus gak la..

Tengok cam video kat bawah ni.. Relax je lepas ko u-turn terus ko pancung masuk kiri sekali.. Kalau kat sini mau bertumbuk berlanggar habis dah.. Only in Jakarta.. Yang penting ni bukan jalan kampung kecik-kecik anak.. Ni jalan besar ni.. Senyum je aku tengok..




Dah bosan menengok traffic ni aku duduk lepak dengan guard keje kat Rumah Shinta tu.. Okay la peramah gak.. Ade la die cerita sikit-sikit.. Antara yang aku tanya tu aku cam pelik semalam dengan hari ni aku dok jalan takde pulak pengemis banyak-banyak macam yang selalu diceritakan.. Cam kalau gi Jakarta ni tak boleh bukak tingkap nanti pengemis sibuk hulur-hulur tangan mintak sedekah.. Bagi seorang nanti ramai-ramai kerumun..

Dia cerita la cam sekarang ni zaman Jokowi (Presiden Indonesia sekarang) ni mana-mana pengemis jalanan ni akan ditangkap.. Tapi bukan la kena masuk penjara, cuma akan dihantar untuk belajar kemahiran.. Takde la diorang ni tak reti nak mencarik rezeki selain dari mintak sedekah kan.. Bagus la camtu.. 

Tengok jam pun dah pukul 2.00 PM WIB, aku ingat ni nanti flight balik depart pukul 7.50 PM WIB.. Kalau nak sampai airport pukul 5.00 PM ni kurang-kurang nak kena gerak pukul 3.00 PM la kan.. Tapi sebabkan dah menyampah nak tunggu masa, dengan lapar ni, aku ingat baik gerak pegi airport awal pun takpe.. Kurang-kurang boleh lepak kat airport je kan.. Ada jugak makan-makan..

Nak pergi airport ni aku ingat nak ambik teksi je.. Depan hotel ni memang banyak teksi.. Nak bluebird apa bagai memang ada la.. Tapi dah terlangsung ni aku ingat nak try naik bajaj la yang teksi roda tiga tu.. Takat nak pegi Mangga Dua Square je ambik Damri.. 

Actually dekat je.. Tapi bayarnya sampai Rp 25.000 pulak.. Mahal gak la dalam RM7.00 untuk naik bajaj dengan jarak cam dari Vistana Hotel kat Pekeliling sampai ke PWTC je camtu jarak dia.. Lantak la.. Gatal nak naik sangat.. Mampus nak bercakap dengan orang bajaj tu geram lak hai..





Sempit je bajaj ni.. Tak selesa pun.. Kalau murah lain la.. Tau dari awal baik aku naik Bluebird.. Aircond pulak tu dengan selesa.. Boleh murah lagi sebab pakai meter.. Mentang-mentang pelancong kemain mengetuk.. Takpe la dapat gak merasa.. Adventure sikit la naik benda ni.. Open-air kan..



Kat Mangga Dua Square ni tambang Damri ke Soekarno-Hatta baru Rp 40.000, kiranya dalam RM 12.00 camtu.. Okay je la harga lebih kurang cam Skybus.. Cumanya jarak Seokarno-Hatta ni tak la sejauh KL-KLIA.. Tapi at least harganya fixed dari naik teksi.. Entah berapa pulak nak kena ketuk.. Nak pulak aku travel sorang ni camne nak patak-patak lak kan..

Jalan sepanjang nak pegi ke airport ni banyak gak la pemandangan yang menarik.. Mana dengan penjual jalanan ada jugak nak menyelit.. Pastu tengok pemandangan luar bandar dia.. Seronok naik bas ni sebab dia tinggi kan.. So senang la kita nak tengok keliling..




Nak ke airport ni kena lalu dua plaza tol dulu.. Mula-mula Sediyatmo, pastu baru Cengkareng.. Soekarno-Hatta ni area Cengkareng sebenarnya sebab tu la aiport dia CGK, macam kita Kuala Lumpur jadi KUL, orang faham kan.. Toll rate biasa-biasa je la.. Kalau naik teksi, toll ni kita kena cover.. Ada laa dalam RM 4.00 camtu..


Sediyatmo

Cengkareng

Bila nak sampai dekat kawasan airport dia ni cantik la sikit.. Ada gerbang, ada arca dengan tugu Soekarno-Hatta sebelum sampai ke kawasan terminal.. Kalau Soekarno-Hatta ni, Terminal 1 dia untuk penerbangan domestik kecuali Garuda... Terminal 2 untuk international flight, kalau kita, MAS kena naik kat Terminal 2 la.. Kalau Terminal 3 ni tambang murah, macam Air Asia naik kat sini..








Dah sampai airport tu aku terus je pegi ke kaunter untuk drop luggage.. Dah buat web check-in ni senang sikit takde la nak terkocoh-kocoh.. Bila sampai airport ni maka faham la kita yang kita ni dah sampai penamat trip ni.. Takde nak patah balik jalan-jalan masuk bandar dia dah..

Penat jugak la dengan menggalas beg yang entah berapa kilo ni.. Mana dengan luggage lagi.. Masa pegi dulu simple je.. Bawak backpack tak payah nak drop luggage pun.. Nasib la MAS bagi peruntukkan sampai 40KG.. Masa pegi dulu berat beg dalam 5KG je.. Sekali balik cube teka....




Naaahhhh.. Balik ke Malaysia ni barang boleh terberanak sampai lebih 22KG.. Camne tu? Memang berat sungguh kedua-dua beradik beg ni.. tengok je cam kecik tapi padatttt... Aku cam cuak gak sebenarnya, sebab orang cakap kalau balik dari Indonesia ni nanti kalau kastam suspicious dia akan tahan untuk check.. Kalau lebih-lebih sangat boleh kena cukai barang-barang kita beli ni..

Tengah dok runsing tu, tetiba staf counter MAS tu tanya aku, dia kata ada flight lagi awal ni kosong, sesuai dengan kerusinya kata dia laa.. Dia tanya nak tukar ke tak.. Aku fikir nak cepat sampai je.. Terus la aku setuju.. So aku tukar la naik flight pukul 6.50PM.. Kat sini jugak la tempat kita kena bayar airport tax.. Kalau Seokarno-Hatta, rate dia Rp 150.000 kira dalam RM 42.00 camtu la.. Lepas dah print boarding pass tu, dapat sekali pass untuk Executive Lounge.. Kalau MAS, lounge dia kat Pura Indah.. Dekat dengan boarding gate la.. Perut pun dah lapar.. Mari la kiteeeee... 

Masa jalan ni mula la nak fikir benda buruk.. Kalau jadi pape kat flight ni mesti aku menyesal.. Yang tak elok jugak nak keluar kot otak.. Sengal..

Masa ni dah berlengas sangat mana dengan panas, naik bajaj lahanat lagi, tunggu damri jalan ape semua.. Aku pun sempat la mandi kejap dulu.. Senang dah alang-alang ada shower kat lounge.. Konon nak bagi segar la.. Pastu baru laa makan..

Menu dia simple je pun.. Ada la kuih-kuih sikit.. Hidang gak popia walaupun tengah-tengah kontroversi.. Tapi tak label pulak popia versi mana kan.. Ada jugak la bihun buat syarat ada makan berat sket.. Pastu ada satay yang cucuk dia buat dari buluh.. Satay dia sedap la, lembut daging dia.. Tapi kuah kacang dia pekat semacam, dah macam cicah satay dengan peanut butter pulak.. Makan je la dah lapar kan.. At least yakin la sikit kat dalam ni dari kedai satay tepi jalan tadi..






Selain rest area ni ada jugak smoking area yang dia pasang live tv sports channel.. Walaupun berasap sket tapi selesa jugak nak melepak sambil tengok tv.. Ada la feel sikit cam kedai mamak.. Kat luar semua dah cam ajet-ajet dato' datin je.. Bangun sikit nak pandang.. Nak charge phone pun nak pandang semacam.. Pundet tol..

Tapi kalau nak puas, sebab korang dah bayar kan, lantak je orang.. Biar la.. Korang travel untuk korang.. Takde la nak buat perangai batak sangat yang pelik-pelik.. Apa yang dia provide gunakan je.. Nak pakai PC ke, nak bantai air free-flow dia ke.. Oh dalam ni yang aku rasa best gak sebab ada air botol kaca kecik-kecik tu free flow.. Ada Coke, Sprite dan yang penting... Teh Sosro! Sempat la rembat dua botol nak minum dalam flight nak buat hilang rindu..

Dah pukul 6.15 PM tu dia dah announce untuk boarding.. Aku pun gerak la ke boarding gate.. Kalau naik business best sikit sebab dia akan bagi priority pass.. So takde la masuknya bersesak-sesak sangat.. Yela time boarding ni ada la yang kang kecoh sikit punya lama nak letak hand luggage dalam compartment atas tu.. Lepas tu pegi block aisle.. Biar dia settle menyusun dulu then baru kita boleh lalu nak ke seat kita.. Lahanat je... Dah yang ni takde.. Senang sikit hidup..


 Gate 3F - Soekarno-Hatta Int.




Sebelum masuk ke gate area tu, kita kena surrender kita punya immigration form, yang kita isi masa mula-mula jejak ke Indonesia tu.. Ala yang cam time aku isi ada nyonya tu sibuk nak pinjam pen aku akt airport Bandung tu.. Jangan bagi hilang dah la..

Masa masuk dan nampak kerusi tu, terus rasa nak tidur je.. Penat woi seharian jalan tak berhenti ni.. Tapi apa pun, bila sampai dah boarding ni, lega la sebab kita tau kalau selamat flight ni, memang kita selamat la sampai tanah air.. Takde nak fikir apa dah.. Serah kat Pilot dan takdir je.. Sempat la usha cara dia loading luggage ke dalam flight.. Agaknya sebab orang nampak, tengok buat kerja pun cermat je.. 



Dah nak fly ni dalam otak dah start ketakutan dah.. Langit pun dah gelap ni mula la rasa sayu.. Cehhhh... Pastu nak fikir ni kang balik nak kena mengadap parents aku lagi ni.. Apa la nak cakap.. Dah la parents aku beriya suruh balik rumah diorang terus.. Aku syak ni mesti mak aku tak sabar nak tengok kain ni.. Tapi camne la nak explain aku pegi sorang je Bandung-Jakarta ni.. Sepanjang taxiing ni bertukar-tukar otak aku fikir, kejap dok berdoa la mengucap la.. Kejap fikir nak cakap apa kat parents la..


Akhirnya saat paling menakutkan pun lepas camtu je.. Alhamdulillah selamat terbang.. Sayu je tengok Jakarta dari atas.. Ada jugak la terkilan beberapa tempat tak pergi sebab dah aku travel seorang kan.. Ade gak takut-takut.. Tapi takpe la.. Sekurang-kurangnya sampai dan masa pun aku manfaatkan elok-elok.. Syukur sangat ada rezeki Allah bagi..



Dalam flight aku dok sibuk layan in-flight entertainment je.. Sampai time makan tetibe orang sebelah aku ni cam Hindu la kot, tengok cam India kan.. Pastu dia ni vegan, tapi dia lupa letak special requirement.. 

Tapi MAS memang ada back-up pun so stewardess yang super-cool (lupalaaa nama dia tapi dia pandai buat lawak) ada offer dia makanan.. Dia tak ambik pun walaupun tu memang AVML.. Tapi dia tak nak.. Sepanjang flight sibuk nak meneguk je mentang-mentang free.. Haii mau terlaknat aku sekali ni.. Ishhh...

Aku dalam hati tu cam nak je cakap, kalau dia tak nak bagi I je la.. Woi punyalaaaa perangai.. Padahal tadi dah makan.. Dalam flight pun dah dibagi makan.. Nak bedal jugak makanan orang.. Teruk betul.. Nasib baik sedar diri.. Jeling-jeling je la makanan die tak berusik tu kena angkat balik.. Lantak la..


 Dia ni hah apa namanya ko ni eh? Cantik pun cantik..

 Takde aiskrim pun? Nipu je sape ntah yang cakap ade aiskrim tu.. :p


Bila dah landing tu, entah tetiba selalunya aku akan ketakutan yang amat laa bila landing ni.. Kali ni takut gak la.. Tapi bercampur excited sebab ntah la dah balik tanah air sendiri kot.. Tempat yang kita panggil rumah kita.. Sebelum ni naik aeroplane takde pulak la nak excited camni.. 

Pape pun alhamdulillah la selamat gak landing kat KLIA tepat pada masanya.. Dah sampai terawal ni aku nak inform parents aku la kata dah sampai tapi baru teringat, simcard Indonesia ni tak tukar lagi.. Agaknya mahal roaming dia, terus habis data plan aku.. Hmmm jahanam sungguh..

Sampai tu lepas pass imigresen terus pi pickup luggage.. Tak sabar dah nak balik.. Time nak pickup luggage tu la sibuk nak buang air kecik.. Sebab travel sorang-sorang ni, baik la pi toilet dulu kot pape pun, sebab nanti beg kita siapa nak jaga.. Kot la nak jadi pape nanti kan.. 




Bab luggage pun senang.. Dok dalam priority dia cepat sikit.. Tak sempat la nak berebut sangat.. Lepas tu aku tak tau la perasaan aku je ke apa, aku kan dok risau takut kastam tahan beg berlebih sangat ni.. Tapi sebab bila dok dalam priority, dia jadi cepat.. Kastam tu dok tengah sibuk standby, aku selamba je keluar.. Tak sempat kastam tu nak jaga pun.. Lantak la yang penting aku dah keluar ni hah..

Turun pi level 2 ambik KLIA Ekspress.. Kalau nak naik kena tengok-tengok jugak.. Naik yang EKSPRESS sebab dah bayar mahal-mahal biar la cepat sampai.. Ada kawan aku dok kalut pi naik yang "KLIA Transit" haaa memang makannya berhenti-henti la kat empat-empat station dia...

Tapi sejak ada KLIA2 ni, bila mai je ERL ni dah ramai kadang-kadang penuh.. Sebab dia datang dari KLIA2 baru laa kat KLIA ni.. Yang penting ada tempat duduk.. Kalau takda pun berdiri bukan nak lama.. Dia laju, dalam 28 minit dah sampai KL Sentral.. Lama dah tak naik, last sekali tahun 2005 kot masa balik cuti dari PLKN.. Lepas-lepas tu pi airport Alhamdulillah ada yang sudi tolong hantar..


Sampai je kat KL Sentral, masuk dalam kereta terus parents aku tanya, kawan aku balik naik apa, balik dengan apa semua.. Time ni memang dah tak larat nak simpan dah.. Terus terang je la sebenarnya pi sana sorang-sorang.. At first diorang terkejut, tapi kemudian tu diorang gelak-gelak je.. Actually parents aku dapat rasa pun aku pegi sorang sebab sepanjang kat sana aku dok whatsapp parents aku, mana ceruk pegi pun mesti hantar report..

So bila diorang tengok takde pun gambar yang ada gambar aku or kawan aku, diorang boleh syak la kot. Hati parents kita kan, depa boleh tau kalau kita buat something.. Cuma nak cakap dengan tak je.. Tapi esok tu bila nak hantar aku balik PJ, ayah aku cakap la bagus jugak sebenarnya aku pergi seorang, sebab dia bangga aku berani berdikari.. Ayat last paling best, nasib baik aku bagitau diorang masa balik, kalau tak jenuh la diorang dok risau keadaan aku.. Ni kira lesen nak pi travel sorang lagi ke camne ni..

Anyway, ni la cerita pasal pengalaman aku travel ke Tanah Jawa dua bulan lepas.. Habis dah pun.. Sekadar nasihat la kan, bab travel seorang ni, jangan takut, jangan risau.. Kena yakin dengan diri, lepas tu fikir, betapa bebasnya kita nak buat keputusan, rasa selesa sepanjang travel dan kita yang decide semua benda.. Nak makan apa, kat mana, pukul berapa, benda-benda yang annoying dengan orang yang annoying ni kira tak ada la..



Setakat ni tu je la dulu kot.. Kalau ada pape yang aku rasa cam eh terkurang pulak, nanti aku tambah la satu post lagi.. Tapi aku rasa takat ni cukup je kot.. Panjang lebar dah cerita ni pun.. Thanks la kepada yang membaca.. Sape ada info tambahan or aku yang salah bagi info, boleh la drop komen.. Pada yang dok buat bisnes travel agent Indonesia ni toksah gatal nak komen la.. Malas la nak layan hangpa semua ni.. Cissss...





No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..