Bandung ke Jakarta - Day 4


Hari keempat ni kiranya first daytime aku kat Jakarta.. Sebelum sampai sini, sama gak dengan Bandung aku dah baca siap-siap mana place of interest dan macam mana nak pegi sana.. Ni meliputi area Kota Lama, Ancol, Monas, Istiqlal sampai la ke Bunderan H.I

Disebabkan aku duduk dengan dengan Stasiun Jakarta Kota ni, aku decide firstly aku nak pegi area Jakarta Tua dulu.. Sebab dekat je boleh jalan kaki.. Dalam pukul 8.30AM WIB camtu aku dah siap breakfast kat hotel pastu keluar untuk travel.. Oh lupa cakap, Rumah Shinta ni brekkie dia ntah apa-apa sikit tapi satu benda korang nak kena ingat, duduk hotel kalau dah murah, jangan nak expect breakfast bertaraf Hilton ye..

Dari Rumah Shinta nak ke Kota Lama ni aku lalu masuk ikut Stasiun Jakarta Kota.. Dah terlangsung tu aku pegi ke kaunter untuk settlekan kes FlazzCard aku semalam tu.. Alhamdulillah mudah je.. Dia memang ada agen yang siap tunggu kat tepi kaunter untuk assist kita siap ada handheld gadget macam credit card terminal tu, dia bleh replace card kita, gratis pulak.. Settle dah dengan card tu, aku terus jalan lintas Stasiun ke area Jakarta Tua..


Gambar kat atas ni kira suasana dalam Stasiun tu la.. Memang nampak klasik la lebih-lebih kurang vintage cam Stesen Keretapi Kuala Lumpur tu.. Tapi banyak gak kedai dalam tu.. Ada Alfamaret, JCo, KFC dengan Starbucks sekali.. Dalam stesen je tenang.. Sekali keluar nah kau Ya Rabbi.. Banyak gak la kereta tapi yang bingit tu bunyi-bunyi hon.. Dengan kereta dah masing-masing cam takde line dah atas jalan tu.. Bersimpang siur..




Sampai je area Kota Lama tu start la aku explore bangunan-bangunan lama yang ada.. Actually kawasan ni banyak bangunan tinggalan Belanda yang pernah menjajah Indonesia dulu ni.. Tu la nampak unik area ni sebab bila kita tengok, kita tau bangunan tu ada nilai sejarahnya yang tersendiri..

Aku rasa untung jugak bila aku pergi sorang diri ni aku ada kebebasan penuh nak pergi tempat-tempat macam ni.. Yela kalau kau travel dalam group, mesti ada punya orang-orang yang tak suka dan rasa membazir pergi museum atau kawasan-kawasan bersejarah.. Penat la kot.. Tapi aku boleh explore kawasan ni ikut suka aku berapa lama aku nak pun tak yah nak serabut..

Area dia besar jugak la penuh dengan museum cam Muzium Sejarah Jakarta, Muzium Fatahillah sampai la ke Pelabuhan Sunda Kelapa.. Penat jugak nak cover tapi kalau nak melawat, ikutlah mana yang mampu.. Kalau rasa penat, datang la hari lain.. Kalau malas, cover mana yang larat je lah.. 








Aku letak beberapa gambar la ye.. Tapi cam agak sayang la museum yang aku paling nak pergi tu, Muzium Sejarah Jakarta ni tak banyak artifact pun.. Banyak dalam bentuk gambar dan cerita je.. Cam, takpe la.. Area ni ada jugak la bangunan yang dah nak runtuh pun.. Tapi time aku pegi tu diorang tengah nak buat restoration project untuk bangunan-bangunan yang tunggu hari ni nak diubah jadi gedung gaya hidup urban..







Dah kebetulan hari ni hari Jumaat, aku pun decide baik Solat Jumaat kat Istiqlal je.. Sebab memang nak pegi kot.. Ikut fakta dia masjid ni kira masjid yang terbesar kat Asia Tenggara.. Maksud Istiqlal tu cam merdeka la camtu.. Senang je nak pegi sini.. Cuma naik KRL dari Stasiun Jakarta Kota then turun kat Juanda.. ada jejantas siap nak ke Istiqlal..


Sampai je kat Juanda aku terus masuk ke Istiqlal.. Nasib la aku dah study siap-siap.. So aku pergi ke sini memang dengan backpack kecik aku.. Dalam tu aku dah siap beg plastik nak bungkus selipar.. Sepanjang jejantas dari Juanda ke Istiqlal tu banyak la orang jual plastik.. Macam-macam.. Plastik pun kau boleh buat modal berniaga..

Tapi Istiqlal ni memang grand la.. Lawa dalam dia.. Cantik dan rasa tenang.. Masa aku sampai orang pun dah start datang nak perform solat.. Tapi sebab awal lagi aku pun pusing-pusing la dulu ambik gambar keliling..







Dah lepas pegi Istiqlal, jalan kaki pulak ke Monumen Nasional (MONAS).. Dekat je pun aku rasa ada la dalam 100m camtu.. Dia macam kat area dataran yang luas cuma agaknya hari ni hari kerja, so tak ramai sangat la orang kat sana pun.. Senang sikit nak ambik gambar takde la gangguan sangat.. Tinggi jugak MONAS ni kat atas dia ada macam tempat tinjau.. Puncak dia tu katanya emas yang dihadiahkan dari Acheh.. Entah la aku tak nampak pulak macam emas.. Ye la kot..






Lepas gi MONAS ni aku planning nak pegi Muzium Nasional Indonesia.. Tempat dia cam seberang jalan je pun seberang jalan M.H Thamrin ni.. Cross jalan dengan line TransJakarta je kiranya.. Sekali sampai-sampai je muzium dia tengah renovate.. Cipet betul.. Nak tutup pun jangan la semua terus kan.. Takpe la.. Aku terus je la jalan kaki makan angin sepanjang jalan Thamrin nak ke Bunderan H.I

 Ni la bas TransJakarta yang cam bas+LRT tu..


 Kementerian dia kecik je tapi askar dia besar jangan buat main


Sepanjang jalan ni cantik je sebab banyak dengan tugu.. Lepas tu jalan pun entah la tak sesak pun.. Takde la serabut kepala.. Aku pun dah redup-redup ni sedap je jalan kaki.. Jauh apa pun, bila kita dah melancong, rugi la masa habis naik teksi tak banyak berjalan.. Tak enjoy la camtu kan.. Aku terus je la jalan sampai Bunderan H.I sebab nak pegi Tugu Selamat Datang dengan nak singgah Grand Indonesia..









Time ni diorang cam kita gak tengah dok runsing tutup jalan sebab projek MRT.. Agaknya lepas ni lagi rugi la kalau naik MRT mana nak nampak view kat atas jalan.. Tengok gaya cam lalu bawah tanah je.. Pape pun aku selamat sampai ke Bunderan H.I ni.. Betapa selamatnya berjalan-jalan kat Jakarta ni.. Aku tak berdepan dengan masalah gangguan apa pun padahal dok berjalan jauh la jugak..







Monumen/Tugu Selamat Datang ni location dia betul-betul kat tengah Bunderan H.I ni.. Tua dah patung ni dari tahun 1962 dah dibuat bersempena dengan Jakarta time tu jadi tuan rumah Asian Games.. Nak riak-riak jugak la dia pun orang datang tempat dia.. So dibuat la satu tugu.. 

Dekat tepi tugu ni la letaknya Grand Indonesia.. Pergi pun sebab teringat nak makan kat Magnum Cafe, lepas tu nak tengok camne gaya mall kat Indonesia ni.. Dia ni antara paling grand la kat sini, tengok nama la.. Cam pavillion kita lebih kurang.. Yang datang pun aku tengok banyak cina jer..



Nak masuk mall ni dah macam nak masuk departure hall.. Ada metal detector siap lepas tu kena random bag search.. Sebab aku pakai backpack so dia suruh aku ketepi nak check bag aku.. Bukak-bukak dia nampak buku merah (passport kita laa) dulu terus je dia lepaskan.. Silahkan pak.. Kata dia.. Agaknya kita ni bukan pembawak ancaman la kot..

Mall ni tinggi jugak siap luas pulak pemandangan yang kita boleh nampak.. Dari mall ni boleh nampak sampai Tanah Abang.. Disebabkan kat Bandung pun boleh serabut masuk Pasar Baru.. Kat Jakarta ni aku decide nak jauh-jauhkan diri dengan Tanah Abang yang orang kata lebih kurang je cam Pasar Baru.. Takpe la tengok dari jauh la ye..



Kat Jakarta ni takde cam kita yang banyak PPR.. Kiranya yang duduk rumah tinggi-tinggi ni orang yang ade duit gak la.. Memang apartment yang betul apartment.. Bukan cam kita PPR pun panggil apartment kos rendah.. Tu la nampak rata je luas mata memandang..

Aku dengan confident pegi la ke Magnum Cafe ni.. Dia kena naikk esculator dulu.. Depan aku ada la dua orang yang gaya confident habis cam ada annual dinner kat dalam cafe tu.. Aku ni dengan t-shirt, jeans dan selipar je.. 

Elok sampai kat atas tu, pelayan dia kemain lagi assist and layan orang depan aku ni.. Diorang feeling-feeling tengok menu je pun dah diundang masuk bagai.. Aku pun bajet tiru la, usha menu dulu kat luar tu.. Pelayan tadi tunggu je buat bodoh.. Eh ko.. Ingat aku takde duit ke? Aku bukan pakai selekeh cam pengemis ke.. Pakai selipar pun bukan la cam selipar jepun.. Cam sandal gak la.. Tapi buat bodoh.. Siap ko eh..

Aku dengan bengang terus aku berlagak dengan dia, cakap style Malaysia.. "Bang, kalau I nak dine-in here, you should assist me first ke atau I can find my own seat?" Naaahhh terus ko kelam kabut.. Ya pak, silahkan pak.. Silahkan masuk.. Siap mintak waiter perempuan yang datang tergedik-gedik bawak menu.. Pundet tol.. Ko dah tau orang ni pelancong baru ko nak layan kan.. Apa punya mentaliti ni? Tak kisah la pelancong ke orang ko ke, kalau dah orang tu bawak rezeki kat ko, layan je la.. 

Masuk dalam tu tetibe bateri nak kong pulak.. Halahh.. Dah la tempat dia letak aku tu takde plug point.. Memang selesa la dia bagi aku duduk kat sofa.. Kemain.. Aku dok usha ternampak la ada meja yang ada plug point.. Terus aku panggil waiter perempuan tadi.. Tetibe manager dia pulak yang datang.. Tersengih-sengih.. Eh ko pehal? Aku cakap la aku nak tukar meja.. Manager dia tolong pindahkan aku.. Nak ambik hati kot.. Entahhhh..





Tapi yang pastinya apa yang aku suka sangat dengan Magnum Cafe Indonesia ni, harga dia murah sikit dari Malaysia.. Actually aku pun tak tau la murah ke masa tu.. Sampai la aku pegi Magnum Cafe IOI Putrajaya bila aku compare aku rasa eh pehal mahal? Haa camtu la lebih kurang.. Tak sempat nak ambik gambar menu dia.. Tapi yang aku makan tu De' Constructed Cheese Cake (Rp 55.000) dengan Truffle Royale (Rp 39.000) kalau convert duit Malaysia dalam RM26.00 je.. Okay la kot cafe dia pun nampak cozy kan..

Dah habis makan-makan kat Grand Indonesia ni aku pun blah la berjalan-jalan lagi sampai dah bosan.. Ingatkan nak langsung pegi Ancol sebab tak petang sangat lagi.. Sekali dah naik KRL sampai kat Jakarta Kota tu aku dah penat pulak.. Ingatkan nak ambik la angkot pegi ke Ancol tapi cam nak balik rehat kat hotel la.. Jauh sangat aku berjalan ni ingat nak rehat dulu la..

Sampai kat Jakarta Kota ni baru aku teringat.. Seharian ni takat makan aiskrim je.. Baru nak lapar pulak.. Nasib la kat stasiun ni ada KFC.. Nak try la beza ke tak dengan Malaysia.. Memang beza la sebab kat Malaysia ada snack plate yang ko boleh dapat 2-pc chicken, bun, whipped potato dengan coleslaw.. 

Kat sini lak dia punya set basic ada 2-pc chicken dengan sebungkus nasi.. Siap ada bergedil yeee... Dia panggil perkedil.. Ingat rasa dia tak beza.. Berbeza ehh.. Malaysia punya lagi sedap, seriously sebab rasa rempah yang dia pakai lagi berasa.. Yang Indonesia punya ni cam hambar sket la rasa dia.. Harga dia lebih kurang cam dalam gambar kat bawah.. Convert sendiri eh currency dia..



Beli bungkus je makan kat bilik.. Serabut ah kemain sesak lak KFC.. Lepas makan rehat-rehat tengok TV kejap.. Sekali dah malam.. Aku pun turun bawah kejap nak beli air kat Alfamaret.. Ingat nak jalan-jalan lagi tapi area yang aku duduk tu dah gelap.. Risau lak..

Kalau dah travel sorang-sorang ni, aku rasa elok la fikir keselamatan gak.. Bukan la nak memburukkan tempat orang, cuma bagi aku keselamatan tu penting.. Sedangkan kat tempat kita sendiri pun macam-macam boleh jadi, inikan tempat orang yang kita tak kenal lagi..

So aku melepak je la kat hotel sambil tengok TV.. Banyak gak talkshow yang boleh layan.. Takde la faham habis kan cuma ada gak la words yang kita boleh faham.. Yelah masa degree dulu pun, sebelum pegi class dok layan citer Marshanda.. Tengah malam dok buat assignment tengok Upik Abu dan Laura.. Basic tu dah ada la.. ceh cehhh..

Sambil tu aku packing jugak la sikit-sikit esoknya senang nak check-out.. Sebab aku ingat nak pusing-pusing dulu area Mangga Dua sebelum checkout and gerak ke airport.. So malam keempat dengan bercampur penatnya, aku pun tido awal lepas siap packing barang.. Habis hari keempat..







No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..