Moh kita terus bercerita masuk hari ketiga.. Hari ni runsing sikit sebab dah nak kena check-out hotel untuk bertolak ke Jakarta pulak.. Lupa nak cerita, sepanjang aku kat sini, 3 hari je kat Bandung.. Pastu ke Jakarta pulak 2 hari sebelum balik ke Kuala Lumpur
Tiket train memang aku dah tempah siap-siap sebelum pergi lagi.. Tiket train aku tempah online je kat sini pastu semalam tu kan aku ada cerita pasal aku pegi Kartika Sari tu kan.. Nak pergi Kartika Sari ni kat jejantas melintas rel keretapi tu akan ada satu jalan pegi ke Stasiun Bandung.. Boleh print siap-siap tiket kat Stasiun at least sejam sebelum.
Camni la rupanya tiket keretapi yang dah print siap-siap tu.. Murah je tiketnya ada la lebih kurang RM 30.00.. Ni pun class yang paling mahal ni eksekutif.. Nak lagi murah ada je kelas Bisnis dengan Ekonomi..
Okay tutup jap bab keretapi japgi kita sambung balik.. Citer dia kalau gi Bandung ni tak pegi Pasar Baru memang tak sah la kan.. Orang kata la.. Entah apa yang tak sahnya entah la.. Taktik masyarakat ni nak suruh perabih duit..
Tapi aku saja la nak pegi.. Kalau dah kain dia betul murah, takpe la boleh beli buat cenderamata la konon nak bagi kat family aku.. Ex-lecturer aku pesan suruh pegi kedai "Sir Cinta" yang lokasi dia kat Level 5 (Lantai 5) carik kat area Parking.. Kira bukan macam lot-lot kedai biasa la dia ni cam tercampak keluar sikit..
Tapi ni bukan recommendation aku kot.. Ni pandangan peribadi ex-lecturer aku la.. Dia kata kualiti kain dia bagus lepas tu cam murah sikit la.. Jujur cakap, aku bukan kaki shopping, pastu seumur hidup memang aku tak pernah beli kain pasang sendiri.. Kalau orang cakap harga tu murah, kira murahlah pada aku.. Baju raya yang tempah pun aku hanya pilih kain je, tak pernah lagi laa bayar sendiri dah orang nak sponsor.. (Parents je pun bajet-bajet model lak main sponsor.. Puii)
Pergi Pasar Baru ni cam aku cakap, aku jalan kaki je ikut lorong-lorong belakang.. Pukul 8.45 AM WIB aku dah keluar dari hotel punya gigih nak sampai awal.. Sampai dalam 8.55 AM camtu kot kedai hape tak bukak lagi.. Lepak kat luar dulu.. Ada la bersidai penjaja jalanan ni dah siap tunggu nak menerkam customer especially akak-akak dan acik-acik dari Malaysia..
Aku ni mungkin sebab aku berpakaian murahan, takat pakai t-shirt, jeans dengan selipar je.. Aku dok menebeng tepi diorang pun mampus diorang nak layan aku.. Wat dek je.. Eh hina sangat ke aku.. Cam menarik je barang ko tu bang.. Tak nak try jual kat aku ke? Takdeeeeee.. Aku dibiarkan dah dipandang macam aku ni pekerja situ je.. Pundet tol..
Ni beberapa gambar Pasar Baru masa time dia baru nak bukak..
Okay takpe dah menyampah tunggu kat luar aku masuk la ke dalam.. Laju je jalan yang penjual-penjual ni pun wat bodo je kat aku.. Eh aku ni kira datang time pecah telor katanya ni ko tak nak try promote ke? Lantak dia sana.. Aku terus pegi Sir Cinta.. Maka bermulalah episod mengerikan yang boleh pening kepala aku.. Wei taubat jangan dibuat lagi laa lepas ni..
Sebelum masuk tu aku sempat la ambik-ambik gambar view kat area parking tu.. Cun gak la pemandangan dia.. Kat sini kalau nak lepak memang best.. Sebab angin dia dah la kuat bertiup pastu sejuk la tu.. Cam kat Cameron pulak rasa..
Ni la kedai Sir Cinta yang diperkatakan.. Tak la besar sangat kedainya tapi asalkan jual kain pastu termasuk dalam senarai harga okay.. Boleh la singgah kejap.. Padahal aku memang dah tekad nak beli kat situ, malas aku nak pusing-pusing dah.. Harga dia aku rasa okay la dalam bajet aku.. Cam kain sulam manik dengan sulam biasa tu range harga dalam RM40.00 - RM50.00 camtu.. Pastu kalau beli 5 dapat free 1..
Pergi time takde orang ni memang sedap la.. Sebabnya ko la satu-satunya pelanggan time tu.. Layanan semua memang untuk ko je.. Ko sebut je ko nak carik kain camne, semua dia bawak keluar.. Kain yang ko tak mintak pun dia bawak keluar.. Siap tolong pose lagi untuk ko..
Aku kalau dah jadi camni memang serabut la.. Dah la sebut istilah kain yang aku tak reti.. Kain itu la ini la.. Ini bidang berapa-berapa la untuk baju sekian meter kain lak sekian meter.. Ape ko cakap ni wei?? Dah la gaya cam nak suruh aku beli satu kedai lak.. Ko ingat aku Rosmah ke hape??
Pastu gambar-gambar ni aku whatsapp gak family aku suruh pilih.. Big mistake.. Aku just cakap kain sepasang sorang, so boleh pilih.. Tahun ni set color tema raya warna hijau.. Takkan nak sedondon je semua kain sejenis kan.. Kang orang cakap kain lebih jahit langsir lak..
Dah masing-masing tambah serabut nak tengok kain tu la nak ambik kain ni la.. Pastu tak jadi nak kain yang tadi la.. Pastu suruh bukak nak tengok corak sulam.. Tu satu hal.. Pastu mom aku, kakak dengan adik aku masing-masing main taktik, personal whatsapp aku cakap nak beli kat aku nak tambah lagi.. Lelaki senang jer, aku beli kain baju melayu aku main pilih warna semua senyap.. Family 6 orang, 3 lelaki 3 perempuan.. Lastly kain yang beli sampai 12 pasang.. Gile.. Lelaki masing-masing sepasang.. Lagi 9 semua untuk perempuan.. Total semua Rp1,550.000.. Kata murah, tapi cecah jutaan.. Kalau Malaysia baru ratus-ratus je.. Mana murahnya pulak? #testlawakhambar
Dah habis bayar tu sempat la nak market diri.. Tanya dah kahwin ke belum.. Aku cakap la belum.. Pastu cakap taknak kahwin gadis Bandung ke? Siap promote kawan dia.. Eh dah kenapa ko ni? Gurau-gurau je la tu.. Sebab tengok aku serabut.. Aku pun blah la cepat-cepat sebab dah pening kepala pastu nak bersiap check-out..
Sekali masa keluar dari Pasar Baru, geng-geng jalanan menyerbu aku termasuk la penjual yang lepak sebelah aku.. Tadi kemain ko buat tak tau je kat aku.. Sekarang ko dah tau aku orang Malaysia baru ko nak pak-pak belanja pak dengan aku.. Memang takde la nak berenti tangan dah nak putus ni bawah 2 beg besar kain sulam yang berat-berat tu.. Jalan lelaju terus balik hotel.. Lupa ada kawan kirim fridge magnet.. Lantak lah..
Sampai kat hotel, tambah serabut.. Malam sebelumnya aku dah packing barang siap-siap.. Muat la kalau dah kira ruangan nak letak kain dalam 6 pasang tu dalam backpack.. Sekali kalau dah double kain dia tu dah camno? Kain sulam ni dah la tebal sebab sulam dia.. Halahai.. Okay takpe, check-out dulu yang penting.. Simpan beg kat hotel pastu terus gerak gi Toko Tiga sebab ada kawan aku kirim jeans Levi's original..
Kat Toko Tiga ni memang ko puas la nak beli jeans.. Macam-macam cutting ada, size pun pelbagai then pilihan banyak la pendek kata, warna semua la senang ko nak carik.. Ko tekadkan hati je nak pilih yang betul-betul berkenan sebab harga dia tak uptown sangat ah.. Original kot tapi murah lagi la dari sini.. Aku dah tempah kat Aria sampai 3 pasang jeans kalau tak boleh sambar gak kat sini..
Range harga boleh refer kat price tag tu.. Kiranya tak semua la harga dia camtu.. Tapi dalam-dalam camtu la harga dia.. Kalau terlebih terkurang pun beza tak banyak lepas convert pun dalam RM 10.00 ke RM 20.00 je beza dia.. Beza harga ikut cutting..
Masa nak beli ni pun kelam kabut gak.. Sebab jam aku dah pukul 3.00 PM, tren lak pukul 4.00 PM.. Nak patah balik hotel lagi.. Nak pegi Stasiun Bandung lagi.. Memang la stasiun dengan hotel dekat.. Tapi ni aku nak gerak dari Toko Tiga lagi.. Dengan nak tunggu kawan aku reply whatsapp lagi.. Last-last sampai 3.30PM baru aku bayar.. Ni memang keje gila.. Ada setengah jam lagi..
Sekali nak keluar kedai tu dalam kelam kabut baru aku teringat.. Jam aku pukul 3.30PM tapi sepanjang aku sampai Bandung ni aku tak pernah set jam aku pegi WIB.. Kiranya kat Bandung ni baru la pukul 2.30PM sebenarnya.. Alaaaahhhh kecoh je laaa..
Terus aku decide nak singgah Oasis Jalan Riau jap nak beli luggage.. Dari hari tu aku dah usha tapi cam tak perlu sangat.. Ni dah dengan kain dah tak cukup bag, tambah beli jeans lagi.. Baik beli je laa.. So terbeli la luggage kat Oasis sebelum patah balik ke hotel nak ambik backpack then gerak terus ke Stasiun Bandung.. Sampai dalam 3.40 PM WIB..
Terbeli gak luggage ni.. Harga dia dalam RM175.00 camtu..
Dah sampai Stasiun Bandung tu aku pun terus la menerjah masuk ke dalam tren.. Masuk-masuk salah coach.. Dah la hujan.. Dengan bawak luggage ni.. Kalau backpack je senang.. Dah rimas nak berselisih dengan orang, aku pun turun jalan dari luar.. Takpe la kena hujan sikit.. Dah la coach aku yang no. 1 paling depan.. Nasib la masuk-masuk tu terus rasa selesa.. Kerusi sedap siap ada soket nak charge phone lagi..
Sebelum nak jalan tu sempat la ambik gambar pemandangan platform dengan staf dia.. Dah macam pramugari dah pelayan dia.. Pastu ada lak yang pakai cam Pilot.. Fuuhhh ni mesti yang bawak keretapi ni.. Sekali bila keretapi dah jalan rupanya ko ni keje check ticket je.. Takpe.. Gaya tu penting!
Bila keretapi dah jalan tu, rasa cam nak tido je.. Penat wei aku ni ke sana sini hari ni dengan macam-macam hal.. Aku suspect energy aku paling banyak hilang masa beli kain tadi tu.. Lepas tu masa yang aku terkejut gelabah sebab salah tengok jam tu.. Baru nak menyandar relax baru teringat hari ni tak makan lagi.. Jalan jam gi coach sebelah (coach kafetaria) carik makanan.. Harga pun bolehlaaa...
Aku makan set Nasi Ayam Penyek dengan Teh Sosro.. Air favourite gak lagipun kat atas tren ni takde air Mizone.. Actually boleh je makan kat seat sendiri tapi tak selesa la sebab takde meja.. Cam takde table manner lak.. Total semua dalam RM 9.00 la aku makan time ni.. Kalau atas tren kita mesti dah kena cekik lagi mahal kalau nak mencekik.. Nak tengok apa lagi menu yang ada siap harga dia korang leh tengok gambar kat bawah..
Sori takde pulak la nak gigih snap makan satu persatu yang ini rupanya camne ape la.. Nanti korang kalau sape nak naik tren nak order makan ni leh la tanya kat pramugari tu.. Dah kenyang tu aku stay je kat cafeteria tu sebab view dia memang best.. Dah la baru lepas hujan.. Siap kabus-kabus.. Dengan lalu merentasi gaung sume..
Dah dalam 3 jam perjalanan tu kitorang pun selamat sampai ke Stasiun Gambir kat Jakarta.. Baru nak terlelap dah sampai.. Alahai.. Takpe la elok gak sampai awal ni sebab duduk lama-lama dengan sejuk and takde benda nak buat ni bleh rasa bosan gak..
Kat Stasiun Gambir ni turun-turun tren tu aku takde la melulu nak turun ke bawah.. Oh lupa, keretapi Argo Parahyangan ni taraf-taraf KTM Intercity kita je yang cam Ekspress Rakyat apa tu.. Tapi rel dia lalu kat atas ye.. Dah cam LRT.. Sebab tu nak keluar station kena turun bawah.. Tak cam KL Sentral kita kena naik atas kalau nak keluar dari Platform..
Tengah aku ambik gambar tu tetiba datang pulak pakcik sorang ni tetiba nak speaking dengan aku "Where? Go? Where Go?" lebih kurang camtu la.. Bersungguh dia speaking dengan aku.. Aku pun dah cam ko dah kenapa pakcik dok where go dari tadi.. Cube citer pe masalah ko.. Pastu dia cam nak angkat luggage aku.. Oh tau la aku die ni porter.. Mau melayang sesia duit aku ni..
Terus aku cakap Indonesia dengan dia.. Nggak apa-apa pak.. Aku mau terus ke Juanda.. Ambil KRLnya" Lebih kurang gitu la.. Terus muka dia berubah dah cam tersentap.. Pastu baru dia cakap balik bahasa Indonesia "Loh, aku pikir kamu orang luar negeri" Hmmm lantak ko sana.. Terus aku carik tempat nak naik TransJakarta (dia cam bus campur LRT.. Camne tu?)
Keluar je dari Stasiun, terus aku confuse, apakah kat sini aku bertaraf selebriti? Sebab dah macam peminat aku je semua yang berkerumun panggil-panggil aku.. Oh rupanya pembawak bajaj ni (yang cam kereta campur motor tu) Takyah layan.. Aku memang dah study, dari Gambir ni kalau nak naik KRL (macam LRT kita) paling dekat kat Juanda sebab KRL tak berhenti kat Gambir..
Nak naik TransJakarta ni kena beli FlazzCard.. Cam TouchN'Go kita la.. Wajib guna masa nak naik TransJakarta atau KRL.. Harga dia Rp 20.000 tu dalam dia ada Soldu (kredit) Rp 16.000 camtu.. Dah sampai Juanda, terus naik platform arah ke Jakarta Kota sebab hotel yang aku book kat Jakarta ni (Rumah Shinta) dekat je dengan stasiun tu..
KRL ni selesa jugak la sebab kerusi dia kusyen pulak.. Best, dalam pun sejuk.. Pastu gerabak dia panjang semua sekali ada 9 gerabak.. Setiap gerabak mesti ada polis bantuan.. Okay la jugak rasa selamat.. Line dia pun luas jugak la siap sampai Bogor..
Cumanya aku cam pelik la apehal la selalu aku naik KRL ni memanjang je kosong.. Aku tanya kat guard Rumah Shinta tu dia bagitau, kalau KRL ni orang tak naik sebab kos.. Bukan mahal apa, tapi stasiun dia macam jauh-jauh kalau nak berhenti.. Then kalau diorang turun kat stasiun KRL ni nak kena ambik angkot ke, bajaj ke untuk sampai ke destinasi setepatnya.. So dah dua kali nak kena bayar..
Mungkin sebab cam dia cakap la kot.. Tapi fikir-fikir balik la, let say ko pegi sampai 7 stesen ko bayar dalam Rp 2.750 (anggaran dalam 80 sen kita) pun dikira mahal.. Seriously? LRT kita ni dah kira camne la pulak ye.. Dari Gombak ke KLCC pun dah dekat RM2.00 rasanya.. Mau dekat Rp7.100 dah lebih 3 kali ganda pulak.. Lagi satu yang unik dia, kalau kereta, side memandu diorang macam kita. Tapi side memandu KRL dia punya laluan bertentangan arah..
Sampai je kat Stasiun Jakarta Kota, masa nak keluar tu, kad aku punya access denied.. Aku dah cam apahal lak ni.. Panggil polis bantuan.. Dia kata orang yang jual FlazzCard kat aku masa kat kaunter TransJakarta tu pergi jual kad yang dah tamat tempoh.. Eh cibai la.. Cam salah aku pulak.. Kiranya aku naik KRL ni dia tak detect sebab kad tu dah tak aktif.. Habis tu salah aku ke salah sistem negara ko sekarang?
Aku muka dah cam bengang time tu.. Dengan penat lagi ni.. Sekali dia slow talk dengan aku dia cakap takpe la kali ni dia tolong lepaskan aku.. Cuma nak kena bayar caj untuk keluarkan dari situ pakai access card dia la.. Dia cakap kena denda Rp 10.000.. Aku dah penat gile pun fikir takat bagi je dia dalam RM3.00 camtu biar je la.. Dia bawak aku ketepi nak bagi orang tak nampak..
Tapi Allah nak tolong, sepanjang dia tarik aku ke tepi tu kawan-kawan dia dok pandang je kitorang.. Mesti diorang dah suspect ni.. Sekali dia cakap "Ahh malasl aku kalau gini.. Nggak papa tadinya itu kamu dikira gratis" Haa tu la ko nak buat dosa.. Muda lagi tapi nak gak telan rasuah masuk tembolok ko.. Aku pun sama tukang support rasuah kan.. Tapi aku pun tak tau nak report kat sape kan time tu dah dia tu memang pengawal yang dilantik.. Tak pasal je aku terbagi persepsi yang negara ko ni kalau nak hidup memang kena menghulur je..
Jalan kaki dalam 10 minit Alhamdulillah sampai ke Rumah Shinta.. Penat gila woi.. Lepas check-in, turun bawah kejap sebab nak beli Nasi Goreng Kambing dekat-dekat situ.. Aku perasan masa nak ke hotel ni lalu gerai dia dulu.. Murah je Rp 10.000 pastu singgah Indomaret beli air mizone.. Lepas makan terus tido.. Mati la nak kisah kena tunggu 2 jam lepas makan baru tido.. Sekian hari ke tiga..
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..