Ni la Starbucks yang paling dekat dengan kampus aku, Starbucks Setia Alam.. Kalau tak silap, ni la Starbucks yang first sekali kat Malaysia ni, yang ada drive-thru..
Memang layan sebenarnya kalau melepak kat Starbucks ni, especially kalau ada banyak kerja nak buat.. Internet access dia okay la, laju jugak.. Lepas tu dining area dia cozy, then paling penting, tak bising..
Sumpah sedap.. Tak heavy sangat.. Okay la untuk bagi energy buat kerja...
I memang suka buat-buat busy.. Tengok bawah, MasyaAllah.. Makan bersepah!
Nak ikutkan kat Puncak Alam pun ada restoran yang ada kemudahan WiFi ni, iaitu kat McD.. Tapi faham-faham la kan kalau McD.. kalau dah student berlonggok, tu belum kire lagi yang propa, study konon kau la up-to-date study sesejuk kat McD kan.. Yang tido kat dalam McD lagilah apahal? Sepak kang sesia jer.. ;p
Kena pulak yang ntah apa la satu course kau ke hapa pegi makan kat McD tu.. Bising.. (Macam la kite ni senyap!) And then kalau McD, sudah la ramai, yang bawak laptopnya masing-masing nak sorang satu.. Kalau dah masing-masing pakai internet, lembab jangan cakap la..
Ni secretary saya yang rajin, Cik Ida namenye...
Sorry la Cik Ida, banyak susahkan kau.. Tapi kerja kite memang excellent la!!
Apa pun alasan dia, memang enjoy melepak buat kerja kat Starbucks ni.. Dah la menerima layanan sepenuhnya dari coffee, siap ade aroma wangi coffee yang semerbak.. Makanan pun ringan je.. Kitorang just makan Cream Cheese Cake dengan Meatloaf Sandwich.. Drinks macam biasa, Caramel Frap, cream based...
Starbucks ni memang tempat yang sesuai letak jauh sikit dari Puncak Alam.. Dekat-dekat kang, buat tambah port tidur student-student cacat yang bajet nak top je.. Stay je la kat situ Starbucks.. Kalau runsing and banyak kerja aku gi carik kau.. Heee...
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..