Korang pernah makan kat Restoran Sambal Hijau tak? Lokasi dia kat Kampung Sungai Penchala, Damansara.. Nak senang, ikut je Penchala Link, ambik exit Kampung Sungai Penchala..
Memang senang nak carik sebab kedai dia betul-betul terletak kat hujung simpang tiga nak masuk Kampung Sungai Penchala tu..
Ini pun kebetulan pergi sebab aku, Wen, Lah & Lan dah mati bosan duduk kat rumah, saja nak makan tengahari kat luar sekejap sambil jalan-jalan ke IKEA.
Beginilah makhluk yang menjadi lauk, yang dah masuk dalam pinggan kitorang..
Lah sampai tak pandang orang dah.. Wen muka tahan pedas kot.. Haha..
Makanan dia memang sedapnya tak payah cakap la.. First time pergi, aku pergi dengan Usop Keretapi and Que.. Bagi orang yang suka makanan melayu (nasi campur), memang kedai ni ada sediakan bermacam-macam jenis lauk dari pelbagai-bagai jenis masakan..
Ada lauk jawa, minang, kari, tempoyak. Bagi aku, paling sedap mesti la tempoyak ikan patin.. Rasa tempoyak dia pekat sangat.. Nak ikutkan sambal dia memanglahhh tersangatlahh pedass... Tapi sanggup aku makan sebab sedap..
Ni lauk urat kaki lembu.. Eksotik tapi tak kena dengan selera kitorang
Ni pinggan aku.. Confirm ada tempoyak ikan patin.. Sedapppp!
Haa tersandar kekenyangan masing-masing..
Kebanyakkan pelanggan kedai ni staf-staf dari pejabat yang berdekatan. Baik kerajaan ataupun swasta.. Harga dia pun berpatutan.. Kalau tak silap, kali ni yang kitorang makan semua sekali termasuk air entah berapa gelas sebab pedas, ada la dalam RM40.00.. Lebih kurang RM10.00 seorang..
Selain kedai ni, ada beberapa kedai makan lain yang sedap-sedap kat area Penchala ni.. Tapi bagi aku, Sambal Hijau is the best!!
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..