Susulan dari pada lawatan kitorang ke IKEA sejurus selepas makan dengan riang hati di Sambal Hijau hari tu (klik sini), aku ada la beli beberapa barang daripada IKEA. Kononnya nak makeover bilik la kan..
Tunggu punya tunggu, dah masuk dua minggu baru tergerak nak pasang-pasang segala barang yang dibeli tu.. Siap pinjam gerudi ayah punye lagi, imported from Wangsa Maju.. Kebetulan kat rumah ada Wen dengan Lan aje.. So mintak tolong diorang la..
Kontraktor Elektrik Kelas E, siap panjat atas almari ye - Lan..
Tokeh kontraktor selaku pemerhati dan tukang pasang switch board - Wen
Pasang punya pasang, drill punya drill.. Memang menakjubkan hasilnya.. Sorry la I takde simpan gambar before.. Tak lalu nak tengok.. Kalau korang tengok, takut muntah depan komputer tu.. Sape yang susah? Acik korang yang susah nak kena cuci laptop.. Kalau rosak terus camne? Hahaha..
Jadi beginilah hasilnya makeover bilik aku... Tadaaaaaa!!
Saja tak pasang lampu siling, nak tambah effect lighting tu.. Hee..
Dah pasang lampu siling sekali.. Amacam.. Cun kan?
Senang ada rak dinding.. Senang nak letak bekas kaca yang dok isi Cereals
Bayangkan sebelum ada shelve ni, kat mana letaknya barang-barang tu..
Kerusi bunga-bunga tu bawah dia ada bekas simpan baju kotor..
Katil yang sangat best.. Dicemburui oleh semua housemate aku... Perasan!
Lampu-lampai yang dipasang oleh Lan... Memang mood tidur.. Haha..
Sebenarnya agak penting nak wujudkan suasana ni dalam bilik aku.. Memang nampak cam nak tidur kan mood dia.. Tapi aku tak kisah.. Sebab aku ni jenis tak boleh nak study dalam bilik sendiri..
Bagi aku, bilik ni selain dari tempat nak tukar baju and simpan barang, fungsi utama dia adalah untuk tidur.. So disebabkan aku ni selalu busy, penting nak wujudkan mood tidur ni dalam bilik sebab aku ni jenis yang susahhh sangat nak tidur..
Camne bilik korang? Ade best camni tak? Heeeee......
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..