For sure korang memang familiar dengan brand Nasi Lemak Cinta Sayang kan? Kalau kat Shah Alam, kedai ni memang famous di kalangan student UiTM Shah Alam.. Nak kata lakunya kedai ni, sampai dia boleh bukak 2 gerai di kawasan Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam tu..
Namun, hakikatnya di kawasan Puncak Alam pulak, Nasi Lemak Cinta Sayang ni tak la begitu famous di kalangan student UiTM Puncak Alam.. Cawangan dia kat sini biasa-biasa je, kedai yang tak la gah macam di Shah Alam.. Cuma kat medan selera je sebaris dengan gerai-gerai yang tak berapa indah yang lain..
Cuma kelebihan dia? Rasa dia boleh dikatakan sama sedap macam di Shah Alam.. Walaupun variasi lauk dia kurang sikit, ada laa satu baris lauk yang boleh dipilih (dalam 7-8 lauk), harga dia amat berpatutan.. Tak mahal macam kat Shah Alam.. Mungkin kos operasi dia rendah, membolehkan harga dia pun lebih murah berbanding kat Shah Alam..
"Lauk ayam goreng berempah, paru-paru, telur rebus, sambal sotong"
Macam sepinggan nasi yang aku makan di atas, harga yang dikenakan cuma RM4.50 sahaja.. Memang murah.. Kalau kat Shah Alam mau dah kena dalam Rm6.00 - Rm7.00.. Cuma ini la tarikan dia, sebab harga dia murah sikit.. Kalau harga dia sama macam cawangan Shah Alam, confirm budak-budak kat sini tak makan..
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..