Dalam hidup, ada empat perkara yang kita tidak boleh hancurkan..
Dalam empat perkara tersebut, perkara kedua yang tak boleh dihancurkan, adalah janji.. Bila berjanji, kena fikir.. Tak boleh tidak, janji kena diambil sebagai janji.. Maksudnya, kena pegang sampai bila-bila..
Masa mula aku masuk degree dulu, aku pernah janji yang aku takkan libatkan diri aku dengan apa jenis bercinta pun, sikit pun tidak.. Ada sebab kenapa aku berjanji macam tu..
Tapi bila difikirkan balik, susah nak mengotakan janji tu.. Entah kenapa ye, sebelum berjanji memang tak susah pun nak lalui benda atau keadaan tu.. Tapi bila dah berjanji, fulamak, kemain banyak godaan..
Tapi syukur la, buat masa ni aku masih berpegang dengan janji.. Kena terus kuat.. Tak lama dah, 2 semester lagi, kontrak ni habis..
Sambil menulis, aku teringat yang aku pernah berbuat janji dengan kawan aku ni.. Apa bentuk janjinya, hanya aku, dia dan Tuhan saja yang tau.. Tapi janji yang inilah yang paling menyakitkan.. Sampai sekarang aku sendiri rasa seksa terpaut dan terikat pada janji tu..
Sehebat mana godaan, sehebat mana ujian, janji itu tetaplah janji.. Jika kita gagal tunaikan janji, banyak kesan dia.. Tolak tepi dulu soal kepercayaan yang terhapus, kerana memusnahkan janji kadangkala ada hati yang terluka..
Kerana 4 perkara yang tak boleh dimusnahkan ini berkait di antara satu sama lain, maka ia harus dijaga seerat satu sama lain.. Aku dah beritahu perkara kedua, lagi tiga perkara itu kita bincangkan kemudian..
Sekian untuk hari ini..
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..