A Doctor In The House

Susah betul nak carik buku ni kalau kat area Wangsa Maju.. Sampai ke Keramat dah sold-out.. Mungkin sebab demografi penduduk kat area bandar ni lebih suka membaca buku.. Aku dengar kalau kat luar bandar senang nak carik, tak sold-out dengan cepat macam kat sini..

Nak dijadikan cerita, aku terpaksa booking buku ni kat MPH Alpha Angle, Wangsa Maju.. Tetiba lepas 2 minggu lebih aku booking tu, aku dapat call dari MPH, mengatakan order aku dah sampai.. Tak sempat hujung minggu, hari selasa malam tu jugak aku balik Wangsa Maju untuk ambik order aku ni..



Bagi aku, rakyat Malaysia tak kira apa pun fahaman politik, boleh ambil peluang untuk baca buku ni.. Sebabnya, ia ditulis oleh negarawan ulung yang tak dapat disangkal lagi, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Keduanya, ia mencakupi pengkisahan sejarah di Tanah Melayu termasuk isu politik, sosial, ekonomi dan budaya kita dari awal Tamadun Melayu, sehinggalah ke zaman moden.. Ini termasuk la beberapa perkara penting yang tertulis dalam sejarah di masa pentadbiran Tun selaku Perdana Menteri Malaysia keempat, iaitu pada tahun 1981 sehingga 2003.

Buku ni confirm akan memberikan inspirasi kepada kita, dan juga membuka mata kita dengan lebih luas mengenai interaksi antara kaum dan prejudis yang wujud di kalangan bangsa Malaysia.. Seolah-olah satu realiti kepada fantasi 1Malaysia..

Nak tau lebih lanjut, boleh la baca buku ni.. Aku sendiri pun baru sampai page 108.. Harga dia RM100.00 sahaja dan ada 800 page cerita-cerita yang cukup bernilai dan mungkin agak kontroversi.. Selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..