Just Be The Best, You'll Get The Best...

Hari ni baru balik dari rumah.. Macam biasa, bila sembang dengan ibu, mesti la cerita sikit masalah-masalah semasa ni.. Antara kisahnya adalah isu orang tak suka, orang cam itu, aku sendiri pulak macam ini. Cuma bagi aku, ibu selalu ada jawapan yang bagus untuk setiap permasalahan aku ni.

Dalam kita hidup dengan kawan-kawan, dan bekerja sendiri dengan kawan-kawan, mesti banyak masalah yang timbul. Especially sebab suasana kerja tu sendiri yang penuh dengan ‘kawan’.

Sebaik-baik kawan pun mesti ada dari kalangan diorang yang takkan jadi kawan yang baik bila kita sampai ke satu tahap, iaitu tahap yang lebih baik dari mereka. Tak la semua, tapi kalau kita perasan, ada sesetengahnya akan mula berubah bila kita pergi lebih jauh dari orang-orang ni.

Bermula dengan kritikan-kritikan yang menjatuhkan, cerita-cerita buruk yang disebarkan, konfrontasi sesama sendiri, ini semua adalah suasana biasa bila kita mula selesa dengan apa yang telah kita usahakan dan kita capai.

Kelebihannya pula, sebabkan pengalaman mereka sendiri tu sebagai kawan kita, memberi kelebihan kepada orang yang baru nak kenal kita, percaya dengan cerita mereka tu. Ye la, mereka lebih dulu kenal kita, of course mereka lebih tahu keperibadian kita.

Bagi aku dalam kes ni, jalan selesanya adalah, bersabar. Sabar selagi mampu dan jangan stop berusaha. Usaha untuk menjadi diri kita yang terbaik, yang boleh kita capai. Dalam banyak-banyak orang tak suka kita, sesetengah tu ada potensi untuk kembali baik dengan kita kalau kita terus bersabar dan tak membuang terus kawan-kawan kita.

Sentiasa ingat, jangan lari dari masalah. Tak semestinya dengan kita membuang kawan-kawan kita yang bermasalah, akan menyelesaikan masalah kita. Orang akan berkata dari apa yang orang perhati. Lebih banyak masalah kita dengan orang, yang tak kita selesaikan, lebih banyak orang akan menganggap cerita buruk pasal kita tu betul.

Selalu ikhlas dengan orang. Benda-benda yang ikhlas ni biarpun tak nampak di mata, kita still akan rasa di hati, begitu jugak dengan orang yang dibantu. Keikhlasan berkawan tu penting. Bukan kerana harta, nama, darjat mahupun peluang-peluang yang bakal kita dapat.

Buat masa ni, aku tak nak kisah sama ada orang suka cara aku buat kerja, ataupun tidak. Selagi ia membantu, aku akan mendengar. Kalau setakat nak menjatuhkan reputasi aku, bagi aku ia sesuatu yang aku tak boleh elak. Kita takkan habiskan seluruh hayat kita dengan meminta maaf sebab sepanjang hidup kita, memang kita tak dapat puaskan orang lain. Kita tak perfect.

Kawan yang baik akan terus menyokong kita, biarpun dia tak pasti adakah kita akan berjaya. Kawan yang baik akan menegur kita dengan ikhlas bila kita tersasar dari jalan yang betul. Kawan yang baik akan memapah kita apabila kita tersungkur dalam kegagalan. Kawan yang baik juga, akan menepuk belakang kita, dan tersenyum berbangga dengan kejayaan kita.

Hargailah kawan kita, dan tanamlah keikhlasan dalam diri kita untuk menjadi kawan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..