Dalam OM224, kita belajar, bekerja, malah boleh dikatakan hidup bersama-sama rakan satu program dengan kita. Walapun dari kelas yang berlainan, batch yang berlainan, bila time event kita selalu akan banyak habiskan masa bersama-sama.
Sedar tak sedar, masa-masa semacam ni kadang-kadang membuka ruang untuk kita tersakitkan hati kawan sendiri, dan yang paling penting, kita membuka ruang untuk orang-orang yang tak suka kita, mengambil kesempatan di atas situasi yang tidak memihak pada kita.
Aku tak mahu ulas panjang. Semacam aku ni baik sangat la pulak kan. Cuma senang aku nak cakap, kisah begini memang berlaku dan tak boleh elak. Kadangkala apa yang aku malas jadi Project Manager sesuatu event tu sebab malas jadi sasaran untuk benda-benda sebegini la..
Bila kita di atas, biasanya mesti ada yang tak senang dengan kita. Mungkin dah terkandung di dalam adat budaya kita. Aku tak pasti soal ni. Tapi inilah dia. Apatah lagi orang-orang yang tak senang ni merasakan dianya lebih hebat dari kita, dari segi kemampuan mahupun pengalaman. Wallahu'alam..
Tambahan lagi, dek kerana faktor imperfect pada manusia, semua orang buat silap. Jadi mereka yang pandai mengambil kesempatan ni cuma menunggu the right place, right time and right situation untuk bertindak.
Nak dikatakan pulak, bila makin dekat event ni, makin banyak konflik. Kejar deadline, tekanan pihak pengurusan, nak tarik orang ramai dan paling penting, memuaskan audiens kita, memang bukan satu tugas mudah yang memerlukan banyak tenaga dan perhatian. Dalam proses-proses macam ni, lahirlah tekanan. Dari tekanan perasaan lahirlah rasa marah. Bila marah, ada pulak orang yang tak perform melemahkan event kita.
Ada tahap-tahap dalam event ni yang kita langsung dah tak boleh afford sebarang kesalahan, jadi salah satu perkara yang boleh jadi control mechanism dari mengelakkan benda ni berlaku ialah dengan ketegasan.
Bagaimanapun, ketegasan sering disalah-ertikan. Ada yang terasa hati. Bila terasa hati, yang pihak lain siap untuk mencucuk. Ini semua politik dalam event, politik sesama pelajar bagi meningkatkan pengaruh masing-masing.
Apa yang pasti, segala sokongan dari pihak yang berkepentingan untuk mereka yang berasa hati tersebut bukanlah ikhlas. Cuma situasinya dijadikan batu loncatan bagi dianya mencapai matlamat bagi mendapatkan pengaruh melalui simpati yang diberikan.
Ada yang panggil aku diktator, malah sampai jumpa dengan Ketua Program OM224 sendiri untuk menceritakan perihal dianya sampai tak boleh nak teruskan pengajian sebab tindakan aku ni memberi tekanan yang amat dasyat kepada dianya.
Aku tak pasti samada ini betul atau tidak. Tapi apa yang orang cakap mungkin melambangkan situasi sebenar, pada mata kasar orang lain. Sedangkan dari segi niat, dari soal hati, hanya kita dan Allah yang tahu. Tak boleh nak cakap tak kisah. Kalau dah sampai ke telinga Ketua Program, itu dah jadi soal serius. Tapi apa yang aku sendiri boleh buat?
Aku tak mahu compare dengan macam mana PM lain uruskan kelas masing-masing. Apa yang penting adalah aku sendiri dapat perbaiki diri aku. Cuma kalaulah aku diberi kesempatan untuk bercakap, aku cuma nak mohon, janganlah nilai aku dari kerana apa yang kamu benci pada aku sahaja, tapi dari diri aku secara seluruhnya.
Kalau segala apa yang aku ada langsung tak mencirikan kepada seorang sahabat, malah suka mengarah, marah-marah dan apa sahaja sifat yang meletakkan aku sebagai wajah antagonistik OM224, maka apa lagi yang boleh aku kata.
Aku minta maaf pada sesiapapun yang terasa dengan aku selama ni. Tipulah kalau aku sendiri sikit pun tak pernah terasa dengan kawan-kawan yang pernah kerja dengan aku. Bagi aku, lepas event, semua dah settle. Tak kisah dah. Tapi kadang-kadang aku lupa, manusia tu diciptakan berbeza-beza.
Inilah dia, liku-liku hidup kita sebagai student OM224.
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..