Yang Buat Aku Tersenyum..


Dia yang buat aku tersenyum. Ok, tajuk post hari ni. Actually, aku tak pernah ade pun gambar die.. Mebi mase tu teknologi mengambil gambar dengan mudah melalui handphone ni belum lagi sampai.. Anyway, tak mudah nak menyimpan senyum sebenarnya..

Kalau tengok gambar, macam-macam senyum boleh ada.. Ikhlas, paksa, perli, marah, boleh kita baca dari sekeping gambar..

Kalau nak senyum, aku selalu ambil jalan selamat, senyum satu fesyen je.. Kadang-kadang penat sangat, penat yang sangat-sangat.. Kena gagahkan diri pergi ke sana-sini.. Orang nak ambil gambar, takkan nak muka monyok kan..

Tapi kalau disorok pun, orang akan nampak, senyum tu sambil muka penat ke ape..

Sehebat mana pun penatnya, sesakit mana pun, bila kena senyum, senyumlah.. Bukan setakat sedekah, senyum tu boleh mengubat hati orang lain yang galuh.. Sebab senyum ni semacam satu penenang..

Itulah tanggungjawab kita, memberi senyum untuk menenangkan jiwa insan-insan yang kita sayang.. Hanya senyum...

No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..