Rooftop FPTP..

Hari ni, 18 Ogos 2011 kitorang ke UiTM Puncak Alam untuk bagi support kepada kawan-kawan Association of Event Management Student (AEMS) untuk event diorang iaitu Nur Ramadhan, majlis berbuka bersama Dato' VC UiTM..

Kitorang pergi pun tak la makan sangat.. Banyak masa berborak je sebab lama sangat tak jumpa especially dengan pensyarah-pensyarah.. Tujuan utama pergi sebab kitorang nak hargai usaha kawan-kawan yang sanggup korbankan cuti semester untuk fakulti tersayang ni..

Lepas dah habis makan tu, mula la masing-masing nak merokok kan.. Tetiba aku dapat idea ekstrem ni, aku ajak diorang semua naik ke rooftop fakulti ni untuk ambil gambar.. Memang cool gila pemandangan dari atas ni.. Ye lah dah bumbung menara pulak..

Tapi mak aiii cuak gila sebab tebing dia paras buku lali je.. Takut gila kalau tersadung ape ke, terjatuh.. Memang dari majlis berbuka orang sambung buat tahlil pulak!


"Epul dengan aku.. Hati berdebar gila sebab kegayatan"

"Senior-seniorku belaka.. Sem depan depa pi praktikal dah..."

"Awi, Usop dengan Melb"


"Gambar belakang tu cahaya dari Bandar Puncak Alam, tapi blur pulakkk"


Semua ni gambar yang aku ambil dari kamera si Usop ni, ex-housemate aku.. Seronok sangat sebab hajat teringin nak naik atas ni dah tercapai jugak walaupun lutut rasa bergegar sepanjang masa.. Aku ni kan ada acrophobia, so tempat yang tinggi-tinggi ni memang mencabar keberanian jiwa dan raga sangat..

Paling puas, sebab kitorang sempat bergambar dengan lambang FPTP, yelah lepas ni fakulti FPTP ni dah tak ada, tak tau apa akan jadi sebab perkara ni pensyarah yang tau isunya.. Tapi apa pun, kitorang sempat mengabadikan kenangan dengan FPTP.. Remuk redam rasa rindu kat FPTP nanti..

Berbaloi sangat pergi majlis berbuka ni.. Walaupun tengah cuti semester ni.. Kurang-kurang dapat jumpa balik kawan-kawan satu program.. Harap ada lagi event yang macam ni lepas ni..



No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..