SKP-ing.. Konvo Behind The Scene..

Cerita ni dah lama sangat dah, masa cuti semester Disember 2010 yang lepas ni.. Punya la lama, cerita tahun lepas baru nak bawa keluar ni.. Hahaha.. Tapi sebab baru jumpa balik gambar ni, ikhsan daripada Mubin (kawan SKP) so saja la nak upload gambar sepanjang jadi SKP dalam blog ni..

SKP ni adalah singkatan kepada Skim Khidmat Pelajar. Kiranya macam kerja sambilan yang pelajar boleh apply dari UiTM, bila khidmatnya diperlukan.. Bayaran dia okay la.. Tak la lumayan sangat, tak jugak murah sangat.. Kalau tak silap, RM4.00/jam, dengan maksimum jam bekerja sehari tidak melebihi 9 jam..

Prosedur yang sebenar untuk SKP ni adalah kita kena ambil borang dari pejabat Bendahari UiTM, lepas dah diisi, kena minta approval dari Dekan Fakulti. Lepas dah diluluskan, hantar balik ke Department yang kita nak apply SKP tu, contohnya Jabatan Komunikasi & Korporat UiTM.

Oleh kerana Fakulti yang hantar aku untuk SKP Konvokesyen UiTM ke-71 ni, jadi prosedur dia lain sikit. Aku dah selamat masuk kerja tiga hari, baru aku dapat borang permohonan yang dibagi oleh Kak Sham (Ketua Pembantu Tadbir Corp Comm UiTM). Lepas dah seminggu kerja baru dapat approval dari Dekan. Semua ni sebenarnya untuk formaliti la, sebab bukan aku yang apply untuk SKP ni, tapi Fakulti yang hantar melalui Prof. Madya Haslina.

Overall pengalaman dia boleh cakap best, dan ada sikit jugak yang tak best. Yang best sebab geng-geng SKP Corp Comm (Jabatan Komunikasi Korporat) ni best-best belaka especially kawan aku Nazirul Mubin dari Fakulti Kejuruteraan Awam.

Mubin ni memang dah expert dengan SKP ni, dan memandangkan dia memang budak kampus Shah Alam ni jadi dia dah mahir dengan selok-belok kampus ni. Shah Alam ni kan kampus lama, so dia ada beberapa jalan shortcut yang lalu bawah-bawah bangunan. Mubin ni la yang ajar aku jalan dia macam mana, oleh kerana aku pernah tersesat sekali tu kat terowong shortcut ni! Hahaha..

Lepas tu yang best sebab boleh merayau tengok suasana konvo. Sepatutnya kalau nak masuk dalam Dewan Sri Budiman time konvo ni kena ada kad undangan. Tapi sebabkan kitorang ada pas urusetia, jadi kitorang bebas nak keluar masuk tengok suasana konvo dari secara dekat!

Seronok jugak sebab dapat tengok dari dekat macam mana sebenarnya persiapan untuk konvokesyen ni, protokol dia dan sebagainya. Boss Corp Comm merangkap Timbalan Pendaftar, Pn. Alfina Bakar pun sangat sporting dan baik. So kitorang pun jadi bersemangat nak kerja.

Kat bawah ni ada sikit-sikit gambar yang diambil guna kamera Mubin sepanjang kitorang SKP untuk konvokesyen UiTM ke-71 hari tu..







"Mubin dengan aku kat area Menara SAAS UiTM Shah Alam"


"Tiap-tiap hari kena analisis surat khabar untuk tengok review pasal UiTM"



"Belum konvo degree lagi.. Ni saja fitting dulu.. Heeee.."


"Kawan diploma dulu, Imran yang duty kat bilik jubah"



"Bilik sekretariat di Galeri Tuanku Nur Zahirah, UiTM"





"Ni holding room untuk YDP Agong. Tu kerusi dia la tu"



"Bergambar dengan ayah angkat.. Hahaha... Takdelaaaa..."



"Saja gatal try jubah master.. Mana la tau kot lekat berkat ke kann"






Dalam yang best ada jugak tak best.. Antara duty kitorang adalah untuk edar dan kutip balik borang maklum-balas pelanggan.. Masa edarkan borang tu, ada parents yang tak puas hati, marah-marah kat kitorang. Malu jugak rasanya kena marah depan orang ramai ni padahal kita ni temporary staff je, bukan yang plan konvo ni.. Sabar je la kan..

Lepas tu, ada jugak yang tak best sebab tak boleh cuti langsung sepanjang konvo ni.. Bayangkan konvo ni Sabtu & Ahad pun ada jugak.. Kalau weekdays, hari yang tak ada konvo tu still kena masuk office kat Bangunan Canseleri, UiTM Shah Alam.. Sampaikan hari pertunangan kakak aku sendiri pun aku terlepas sebab tak dapat cuti.. Tapi takpe la nasib baik baru bertunang, biarpun itu la first time adik-beradik aku sendiri nak bertunang..

Macam mana pun, aku ambil tu semua sebagai pengalaman la.. Mana yang baik dan yang tak baik. Sebab ni baru jadi SKP, belum lagi dapat kerja tetap. Bila dah dapat kerja tetap mesti lagi banyak tanggungjawab dan cabaran yang aku dapat..

Tak lengkap rasanya kalau aku tak ucap berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan SKP dulu, staf Corp Comm. UiTM termasuk sekali Datin Umminajah yang selalu bawak makanan untuk kitorang, Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat termasuk Prof. Madya Haslina untuk beri peluang ni pada aku, dan mereka-mereka yang banyak tolong aku secara langsung dan tak langsung sepanjang aku SKP ni terutamanya family aku yang sangat memahami, anak dia cuti semester pun kena berkhidmat untuk UiTM jugak..

Rindu betul zaman SKP ni.. Tapi tak nak la SKP dah.. Nak cari pengalaman lain pulak..

No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..