Habis semalaman aku memikirkan pasal masa depan aku. Entahlah aku tak tau kenapa kebelakangan ni asyik terfikir je.. Mungkin sebab degree ni dah nak habis kot.
Sepanjang hidup aku, belajar je tak habis-habis. Benda ni dah jadi macam biasa. Lepas final exam, masuk semester baru. Lepas habis diploma, masuk pulak degree. Then ada final exam lagi.. Ulang-ulang benda yang sama.
Tapi lepas degree ni benda mungkin jadi lain. Ada kemungkinan aku akan sambung master, itupun kalau ada peluang.
Mungkin jugak terus kena pergi report duty kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sebabkan syarat biasiswa JPA ni, kerja sebagai pegawai kerajaan selama 4 tahun.
Sepanjang degree aku ni, masa habis untuk aku jadi yang terbaik, dan rebut semua peluang yang ada. Tapi aku fikir balik, betul ke aku buat semua ni untuk diri aku, atau just untuk buktikan kat orang lain, mungkin jugak sebab aku tak nak kecewakan orang lain atau aku rasa takut kalau aku tak buat, orang akan ingat aku ni tak la sehebat mana.
Dalam dunia ni ada banyak sangat pilihan. Ada masanya, semua benda jadi clear sangat pada kita. Ada masa lain, pilihan yang mudah pun aku tak nampak.
Dalam hidup tipulah kalau aku tak pernah kecewa. Banyak benda yang buat aku kecewa dan banyak benda yang aku kecewakan. Semua sebab aku salah buat pilihan.
Aku harap aku akan lebih pandai buat pilihan, dan at least aku buat pilihan untuk diri aku. Biarlah sekali sekala aku buat something untuk diri aku dan bukan sebab nak puaskan orang lain, menjaga hati, takut kata orang atau benda-benda yang lebih kurang macam tu..
Untuk korang semua, hidup ni sepanjang jalan dia kita kena buat pilihan.. Pilihlah yang terbaik untuk korang dan buat pilihan tu bukan untuk hari ni, tapi untuk masa depan.
Itu saja hari ni, sebab at least ada la update juga blog ni.. Nanti berhabuk sebab langsung tak sentuh.. Maklum la exam bakal start 21/6/2011 ni.. So faham-faham sajalah kalau takde update sekejap ye... Heee..

No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..