Site Visit - Titiwangsa

Lepas kena paksa dengan ibu, akhirnya aku pun ikut je la kakak aku dengan tunangnye ni pergi ke Taman Tasik Titiwangsa untuk tengok wedding site kakak aku ni.. Kakak aku akan kahwin pada 9 Julai 2011 kat sini.. Cepat betul dia kahwin.. Aku bila la agaknya.. Lalalala...

Site dia memang cun, sebab tepi tasik. Tapi aku tak rasa site ni boleh accomodate 500 guests macam yang dijemput. Paling maksimum, mungkin 300 pax saje.. So itulah tujuan dia, untuk dapatkan layout, then nak arrange kedudukan meja semua..

Sempat gak la aku advice sikit-sikit macam mana nak buat placement, decorate dan beberapa benda lagi. Tapi yang penting-penting tu nak kena mintak dari wedding planner dia yang berangan event planner tu..

Bukan apa, sekarang ni memang ramai caterer yang mengaku diorang ni event or wedding planner padahal pengetahuan dalam event planning dari segi risk management, legal aspects, function flows, ethics and protocol dan banyak lagilah setakat suam-suam kuku..

Diorang ni bukan ada education pun.. Setakat ada experience.. Experience, kalau tak dikukuhkan dengan knowledge, yang kita dapat dari formal learning process (theory class) atau informal learning (reading) memang setakat itu je la.. Taram sajalah labuuu..

So itulah yang berlaku kat kakak aku sampai buatkan dia risau.. Last-last dia minta tolong kat aku. Aku pulak pergi ambil intersesi (kelas jangka pendek dalam sebulan) sebab nak isi masa lapang cuti.

Yelah, sebab aku ingat wedding dia ni semua dah settle.. Sekali, camni lak jadinye.. Pening aku nak fikir class dengan wedding dia.. Camne pun itulah tujuan aku pergi site visit ni, sekurang-kurangnya apa yang aku boleh tolong advice, aku tolong..



"Kakak aku takut-takut tu nak naik atas jeti.. Tapi gatal gak nak naik"


"Ibu dengan makcik aku, Mak Njang yang tudung merah tu"




"Bersepah sikit tempat ni sebab ada satu wedding lain baru habis"





Sudahnya sampai maghrib jugak aku kat sini, siap draw draft layout dia untuk wedding kat sini.. Hopefully wedding kakak aku ni berjalan lancar.. Adoi.. Aku nak tolong banyak pun tak boleh sebab sibuk, mana dengan intersesi lagi, final year project aku lagi.. Takpe lah.. Just hoping.. Just hoping!! Heeee....





No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..