Jambatan Seri Wawasan, Putrajaya

Okay, yang ni cerita sambungan sebenarnya. Sambung dari aktiviti kitorang pergi ke Rentap Futsal Putrajaya hari tu.. Macam yang aku ceritakan, game dia delay punyalah lama.

Bayangkan kitorang yang datang pukul 10.00 malam nak tengok game Futsal Larut Malam yang ada Pejal punye team tu dari pukul 10.30 malam. Last-last pukul 5.30 pagi baru start.. Memang shit jugak la kan..

So nak isi masa terbuang tu, kitorang pun pergi la ke Jambatan Seri Wawasan ni.. Antara banyak-banyak jambatan di Putrajaya, rasanya jambatan ni la yang paling cantik dan famous.

Nak pulak kitorang dapat tarik Emma kejap kan bergambar sekali atas jambatan ni.. Selalu ada polis.. Tapi sebabkan kitorang pegi ni dah awal pagi sebelum dari subuh, so takde la polis nak kacau-kacau suruh blah..

Nak tengok gambar keindahan Jambatan Seri Wawasan ni, boleh tengok kat bawah ni..


"Yang ni Black dengan Nik.. Black tunjuk perut, Nik tunjuk bontot"



"Yang ni sape lagi kalau bukan Zaiema a.k.a Emma"









"Boleh dia tido atas jambatan ni kan.. Tau la dah awal pagi!"






Marvelous betul la senibina kat Putrajaya ni.. Serius kagum dengan reka bentuk daripada bangunan sampai la ke jambatan-jambatan dia.. jalan pun tak sesak.. Memang sesuai la kalau nak melancong..

Misi selepas ni, nak try naik Lake Cruise Putrajaya.. Yang siap ada makan tu.. Baru pakej kan... Hahaha.. Tapi bile la tu kan.. Errrr.... InsyaAllah.... Kalau ada rezeki... Lalala...




No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..