Jamuan Raya Senior Students of Event Management

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri ni memang biasa sangatlah kalau orang buat jamuan atau open house. Bukan la nak tunjuk mewah sangat, tapi cara ni la yang sesuai dengan tema raya iaitu mengeratkan hubungan di antara satu sama lain bila kita berkumpul ramai-ramai.

Kalau nak ikutkan, sesama kitorang memang tak pernah plan nak buat jamuan raya ni secara detail. Cuma hari tu masa melepak kat kedai mamak, aku tercakap dekat Nik Hafiq, kawan baik aku dan Project Manager Warna Events.

Aku tercakap "Eh, kalau buat jamuan raya batch kita best jugak kan?" Lepas tu Nik pun terus je cakap "Haah, okay jugak tu. Kita collect duit sesama kita je la" Benda ni berlaku masa hari Ahad, 18 September 2011.

Lepas tu yang kitorang tau, keesokkan harinya, bertemu dan bersua mukalah keempat-empat Project Manager dari empat-empat kelas nak bincang pasal jamuan ni.. Bincang punya bincang, diputuskan yang jamuan raya tu nak buat hari Khamis tu jugak. Maksudnya kitorang ada dalam 2 hari (Selasa dan Rabu) nak settlekan tempat, tempahan makanan, invitation semua benda ni..

Tapi Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman sebagai student Event Management, jamuan hari tu memang sangat berjaya. Selain berkumpulnya semua senior-senior OM224, kitorang jugak berpeluang untuk berkenalan dengan pensyarah-pensyarah baru dalam majlis tu..

Kat bawah ni adalah gambar yang diambil sepanjang majlis tu, dari proses persiapan sampai la ke majlis tu sendiri..

"Gadis-Gadis Warna Events memasang alas meja.. Gadis sangat korang"

"Ratu Cantik kelas Warna Events siap turun padang decorate guna lilin!"

"Eid Mubarak berapa hijrah entah.. Siapa suruh tak tulis sekali!"

"Kemain semangat hari raya budak-budak ni"

"Sesi networking yang nampak lebih kepada acara serbu makanan"

"Siap ada dessert lagi.. Tau kenapa? Sebab MAMPU! Hahaha"


"Sebelum angkat kaki wajib bergambar dulu!"

Nak ucap terima kasih sangat di atas kerjasama yang diberikan, termasuklah dari pensyarah-pensyarah senior dan junior dan kawan-kawan dari Pawana Events, Miracle Circle Organizer, Kayangan Production dan Warna Events di atas kejayaan majlis Raya@FPTP kita ni..


No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..