Kadang-kadang, bila kita sentiasa banyak kerja, kita jadi tak reti nak buat apa bila datang time hujung minggu. kalau hari-hari biasa kita asyik kena kerja buat itu-ini, bila hari minggu je kita rasa kosong sangat, blur kalau duduk diam tak buat apa..
Ini la yang jadi kat kitorang, aku dengan budak-budak kelas aku bila datang hujung minggu. Nak duduk rumah pun rasa bosan sangat sebab tak buat apa. Disebabkan itu, kitorang pun decide nak pergi ke Sunway, nak tengok wayang la konon-konon..
Sekali bila dah sampai tu, memang macam haram wayang dia.. Yang beratur punya la ramai umat manusia.. Okay, takpe lagi.. Ingat nak lepak-lepak tengok keliling.. Sampai kat atrium dia pulak entah apa punya gerakan manusia buat huru-hara, kempen Go Green konon.. Okay, menyampah pulak..


Last-last pergi makan kat J.Co je, sebab mula-mula plan nak beli makanan on-the-go je, nak beli Taco.. Apa punya malang, semua tempat kitorang pergi semua ramai orang.. Dengan dengan kedai Taco tu pun ramai orang.. Rezeki nak makan J.Co kot..


Bosan kat Sunway, kitorang gerak ke Giant Setia Alam pulak.. Tadi baru makan dessert je.. Nak makan yang heavy, kitorang teringin pulak nak makan Nasi Ayam Lemon kat Pak Li Kopitiam.. Maka berempat-empat kitorang pun zassss! pergi ke Giant Setia Alam..

Habis makan, nak karaoke pulakkk.. Kitorang memang rajin pergi ke tempat karaoke ni.. Bukan nak kata suara sedap sangat, tapi kurang-kurang boleh la nak berhibur sikit-sikit siap berangan artis kejap kan.. Dari pergi clubbing telan dadah baik la buat aktiviti-aktiviti hiburan suam-suam kuku camni..

Bila dah bosan tu, kitorang pun lepak kat rumah aku je, kat NusaRhu Bukit Jelutong.. Konon-konon nak pergi berehat kat rumah percutian la..
Tapi enjoy jugak lepak kat rumah aku sebab kat sini boleh main masak-masak.. Bukan apa, kat rumah aku ni banyak barang makanan. Aku memang jenis suka beli barang mentah bajet cam nak belajar masak itu-ini la.. Last-last hampeh sebab tak reti-reti nak start macam mana memasak bahan-bahan ni..
Bila budak-budak ni melepak kat sini, aku mintak tolong la diorang ajarkan cara memasak ni.. Lepas jugak la masak bihun goreng kambing dengan sandwich apa macam entah.. Tapi sedap-sedap belaka la..


Lagi pulak rumah aku ni hujung minggu memang tak ada orang.. Nak duduk sorang nanti seram pulak.. Jadilahhh ada jugak kawan-kawan yang sudi nak meneman..
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..