Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay

Ekspidisi berbuka dengan family kali ni ke Jalan Conlay pulak.. Rasanya ramai orang KL yang familiar dengan Restoran Seri Melayu ni.. Restoran ni agak istimewa sebab temanya tradisional Melayu, lepas tu jenis restoran yang sebijik-sebijik ni, bukan dalam bangunan yang campur-campur banyak restoran..

Disebabkan kitorang fahammm sangat jalan kat KL di bulan Ramadhan ni betapa menguji imannya, jadi kitorang rancang untuk kurangkan penggunaan kereta.. So aku yang duduk rumah je ni kena la berkorban naik PUTRA ke Kelana Jaya dulu.. Dari sana kakak aku ambik untuk ke Conlay..

Aku sebenarnya dah lama tak naik PUTRA ni.. Lepas tu sejak aku terperasan yang PUTRA ni sekarang dah ada 4 gerabak (dulu ada 2 je) aku jadi teringin sangat nak naik tren 4 gerabak ni.. Entah apa punya pelik laa yang itu pun nak teringin kan..

Nak dijadikan cerita, dapat jugak aku naik tren 4 gerabak ni.. YES!! Sebab tren ni kadang-kadang je ada.. Berbaloi aku kena jalan kaki dari rumah ke stesen PUTRA ni.. Dah naik beli tiket tu, tiba-tiba abang ipar aku cakap jalan jam pulak.. Aku kena turun kat stesen Taman Bahagia.. Tapi PUTRA ni senang.. Banyak stesen yang tambang dia sama.. So walaupun dah beli tiket ke tempat lain, still boleh turun kat stesen yang sama harga tambang..

"Panjangnyeeee 4 gerabak.. Rasa nak main kejar-kejar dalam ni!"


"Destinasiku... Ewah ewah ewahhhh.. Sampai jugak!"


Lepas dah selesai diambik oleh kakak dan abang ipar aku, jadi bermula la permainan mencari shortcut terbaik dari Damansara ke Jalan Conlay.. Salah pilih shortcut, merasa la kau azab dunia tersangkut dalam jam..

Kalau kau tak biasa jalan kat KL ni, kau jangan gila nak cuba-cuba.. Gugur iman kau nanti memaki sana-sini.. Dari shortcut kau boleh tersangkut lagi lama dari jalan biasa.. Tapi camne pun, jam memang tak boleh elak especially kat Jalan Tun Razak macam gambar kat bawah ni..


"Kalau kat negara seberang, dah bingit bunyi hon ni!"

"Sabar je laaaa.. Awal lagi pulak kan..."


Kalau nak ikut, senang kalau dari Jalan Tun Razak tu, kitorang masuk melalui persimpangan Jalan Kia Peng ke Jalan Raja Chulan, sebelum masuk ke Jalan Conlay.. Kalau tak jam korang boleh ikut jalan ni..

Tapi sebab tak boleh blah sangat dengan jam, makanya kitorang ikut Jalan Tun Razak masuk underpass ke Jalan Ampang (KLCC), lepas tu masuk Jalan P. Ramlee terus ke Jalan Pinang. Dah dekat KL Convention Centre baru kitorang masuk balik Jalan Kia Peng ke Jalan Raja Chulan.. Bila dapat restoran Hakka tu baru laa boleh sampai ke Jalan Conlay..

Walaupun macam rumit, percayalah jalan ni kurang sikit jam berbanding jalan lain.. Mungkin sebab orang fikir rumit kot.. Malas nak pening-pening fikir jalan ni.. Merasa la berjalan tepi-tepi KLCC.. Hahaha.. Rasanya jimat setengah jam sebab memang clear jalan dia..


"Cuti-Cuti Pusing KL katanya.. Padahal nak berbuka je"

"Sejak ada Pavilion populariti kau makin pudar Suria KLCC.. Sian kau"

"Maka sampai la ke sini, sebelah The Royale Chulan"


Bila sampai tu, tak tau nak salahkan apa.. Sebabnya kitorang tersampai sangat laa awal.. Ambik kau.. Nak shortcut lagi.. Terlebih pantas pulak sampai.. Pukul 6 dah sampai.. Dari Damansara tadi kitorang gerak pukul 5 camtu.. Hebat betul sejam je perjalanan time orang keluar dari office ni..



Nah, sampai je terkejut terus kitorang.. Pakcik kat atas ni merangkap ayah aku lagi awal sampai.. Memandangkan beliau ni sekarang dah kerja di Putrajaya.. Pemanduan dia rupanya lebih boleh ditabik sebab dia pun gerak lepas office.. 4.30 petang rasanya..

Jadi masuklah kitorang 7 beranak selepas mak aku dan adik aku sampai setengah jam kemudiannya.. Mak aku ikut jalan jam sebab dia tak sure Jalan Conlay ni kat mana.. Dia ikut Jalan Sultan Ismail merangkap lubuk jam di KL ni..


"Grand betul, besar pulak.. Kayu-kayuan lagi tema dia.."


Dah puas bergambar bagai nak rak tu, kitorang pun apa lagi.. Mula la nak round sekeliling tengok apa juadah yang diorang sediakan.. Nak pulak restoran ni masih kosong.. Agaknya orang lain tengah duduk dalam jam lagi.. Seranggg...

Makanan yang dia sediakan memang banyak sangat variasi dia.. Nama je Seri Melayu, tapi makanan bukan tema Melayu pun ada.. Berbaloi la kalau korang makan buffet, sebab macam-macam jenis korang boleh try..


"Kaunter steamboat.. Tapi tak la banyak macam Cheras.."

"Ni bahagian ulam-ulaman.. Pencicah dia macam-macam jenis ada!"

"Menu special: Kelawar goreng.. Hahaha.. Kambing panggang dengan beriani.."

"Kaunter rojak.. Sori la muak pulak nak berojak-rojak ni.."

"Ni kalau siapa biasa berbuka free kat surau, kat sini pun ada bubur lambuk"


Okay, dah habis ruangan makanan berat-berat ni.. Kita jenguk pulak makanan ringan-ringan terutamanya dessert yang restoran ni sediakan.. Dah macam syurga dessert pulak kat sini.. Kau sebut je kau nak makan apa.. Jangankan sebut, tak sempat nak fikir lagi, diorang dah sediakan pun apa kau nak kat sini.. Puas hati!


"Puding roti (oh-kay-laaa) dengan Gula Sago Mata Ikan"

"Semestinya ada buah-buahan.. Healthy lifestyle kot sekarangg"

"Pemenang kaunter paling popular.. Orang beratur paling ramai.. CISS!"

"Cam tak famous walaupun boleh tahan.. Tak payah beratur kau pergi je ambik"

"Kalau feeling Melayu, makan la bubur ni.. Ada kacang hijau, gandum dengan pulut"

"Kalau nak super-manis, diorang dah prepare dessert ala-western ni"


Bila cakap pasal dessert ni, kuih muih pun termasuk la kan.. Aku rasa kat sini boleh kata pusat rujukan kuih tradisional Melayu dah.. Punya la banyak.. Yang pernah dengar, yang rasa macam pernah dengar, yang tak pernah dengar semua ada.. Pendek kata kuih yang sebelum ni kita jumpa dalam buku resipi je kat sini kau boleh jumpa..

"Kemain bertingkat-tingkat.. Kecur air liur.. "


Sayangnya sebab realitinya bila makan buffet ni, makanan memang bagai nak rak dia sediakan.. Tapi kita tak dapat nak makan banyak.. Nanti termuntah.. Jadi kuih-muih tu tak sempat aku nak rasa sangat.. Makan yang kita minat je.. Walhal ini la masa nak try rasa kuih yang pelik-pelik kan.. Kalau tak sedap tak rugi.. Kalau kita pergi beli kat bazaar untuk try rasa dia, dibuatnya tak sedap, kan dah membazir..

Tengah-tengah makan tu kitorang terkejut sebab tanpa dirancang rupanya Tok Aji dengan Wan Aji merangkap atuk dan nenek saudara aku rupanya berbuka kat sini jugak.. Dari nak cabut cepat, kitorang bantai berborak sampai pukul 10 malam.. Kira time restoran ni nak tutup la.. Seronok la parents aku berborak.. Aku tumpang-tumpang sekaki sikit je... Heee..


"Tok Aji dengan Wan Aji.. Aii muka happy je sejak pindah rumah baru ni.."


Sori la sebab aku tak ambik sangat hidangan-hidangan berat melayu yang lain macam nasi-nasi, dan lauk-pauk Melayu macam masak lemak udang dan sambal lala tu sebab macam biasa je, tak menarik sangat.. Tapi ada tau, jangan ingat tak ada pulak lauk pauk Melayu..

Lepas tu ada bahagian yang aku tercicir, iaitu bahagian panggang-panggang kat luar untuk makanan macam satay, lidah lembu bakar (eksotik!) daging, ayam percik.. Siap ada dodol lagi! Selagi namanya makanan Melayu, insyaAllah korang boleh jumpa kat sini..

Dari segi rasa, pada aku dalam KL ni, KGPA punya kualiti tetap yang terbaik, nombor satu walaupun restoran ni paling grand.. Tapi experience overall, sori la KGPA, kau dah kalah dengan Restoran Seri Melayu ni..

Sebabnya, kat sini sambil kau berbuka, ada live band yang mainkan lagu-lagu tradisional macam Begawan Solo, Keroncong untuk Ana, Cucu Mak Inang dan banyak lagi.. Siap ada persembahan tarian kebudayaan 1Malaysia lagi.. Ending dia menari lagu 'Malaysia Truly Asia'.. Kau boleh? Haaa..

Penutupnya, aku bersyukur ada jugak peluang merasa nak makan kat sini.. Alhamdulillah.. Korang boleh try kalau ada rezeki lebih tu nak berbuka kat sini.. Harga untuk musim Ramadhan ni, RM72++ dewasa dan RM42++ untuk kanak-kanak..

Macam mana pun, berbuka kat rumah dengan masakan air tangan ibu sendiri lebih terserlah kemelayuannya.. Tak ada siapa boleh challenge.. Percayalah!!



No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..