Oh Ramadhan...

Apa khabar semua.. Puasa macam mana? Masih selamat lagi? Heee... Anyway post ni sekadar nak cerita pemerhatian aku mengenai bulan Ramadhan ni dan cara masyarakat kita menyambutnya.. Pendapat korang mungkin lain-lain, ini terbatas kepada sekadar pemerhatian aku saja la..

Bagi aku ramadhan ni disambut oleh masyarakat kebanyakkan kita yang berkeluarga ni, dalam 3 peringkat.. 10 hari pertama, 10 hari kedua dan 10 hari terakhir.


10 hari pertama:

Baru-baru nak biasakan diri dengan puasa.. Maklumlah dekat nak setahun dah tinggal.. Nak harap puasa sunat pun berapa sangat la yang buat dengan kerap kan.. Biasanya 10 hari pertama ni disambut dengan keluarga ataupun yang duduk dengan kawan-kawan tu, berbuka kat rumah je.. Pendek kata penuh besederhana la..

Masa ni semua orang excited lagi nak sambut Ramadhan.. Kalau boleh hari-hari nak pergi bazaar untuk test menu-menu baru biarpun yang baru tu hanya pada nama je.. Juadahnya sama.. Ubahlah sikit dari ayam golek jadi ayam panggang dalam tempayan.. Rasanya padahal sama..

Terawih pun konfemlah penuh.. Sebab semua orang tengah nak rasa keunikkan Ramadhan ni.. Belum kata Facebook, status semua nak ucap selamat berbuka puasa la, selamat bersahur la.. Tak cukup dengan tu, cerita pasal juadah berbuka apa.. Kalau tak nak kalah tu, upload sekali gambar.. Puas hati..


10 hari kedua:

Masa ni masing-masing dah puas berbuka dengan family dengan makan lauk-lauk dibeli dari bazaar Ramadhan.. Habis dah excited dan dah boleh terbiasa dengan bulan puasa ni.. Penat pun tak rasa sangat sebab dah biasa..

Jadi bila dah puas berbuka di rumah, maka banyaklah yang mula berbuka di luar apatah lagi di hotel-hotel.. Kalau tengah bajet tu, kat restoran-restoran biasa pun jadi la... Masa ni la orang menyerbu buffet-buffet Ramadhan yang pelbagai tu.. Siap survey kat mana tempat yang harga kena dengan bilangan juadah yang diorang buat..

Bila dah mula berbuka buffet semua ni, maka terawih pun tak la ramai sangat.. Sebab bila berbuka secara buffet ni, konfem la selagi boleh sumbat, sumbat je dalam perut tu.. Nak bagi berpatutan kepuasan tu dengan harga yang dibayar kan.. Bila dah kenyang tu, larat pulak nak solat terawih kan.. Tak la semua kan tapi bukan tak ada yang macam ni..

Kepada yang tengah diet tu, hati-hati la dengan perangkap '10 hari kedua' Ramadhan ni.. Kalau 10 hari pertama orang berbangga-bangga cakap berat dia turun ke sekian-sekian, fasa Ramadhan yang ni masing-masing terdiam je..


10 hari terakhir:

Dalam masa 10 hari terakhir ni, suasana nak raya dah mula nampak.. Mula la pasang lagu raya nak bagi feeling siap.. Nak lagi meriah, cuba call kawan-kawan korang.. Tengok siapa punya caller ringtone siap pakai lagu raya.. Nak lagi feeling, siap ada yang tukar ringtone kepada lagu raya..

Mula la bercerita kat Facebook, tukar langsir baru la.. Cadar baru.. Semua baru.. Yang orang tak berani cakap, kalau tukar bini baru jer.. Lepas tu jangan lupa untuk tengok kat Facebook tu, gambar-gambar yang diupload mesti gambar kuih raya apa yang baru siap bakar.. Ni untuk orang biasa la, yang menjual kuih raya sebelum puasa pun dah upload..

Ni tak masuk lagi shopping complex penuh dengan orang nak beli barang raya.. Kat KL orang pergi je Jalan Masjid India.. Kalau perempuan, diorang kebanyakkan dah awal-awal tempah baju raya.. Jadi waktu-waktu macam ni yang jadi sasaran diorang adalah kedai tudung..

Disebabkan sibuk dengan persiapan raya, balik kampung la, ape la.. Maka jemaah terawih makin mengecil.. Terutamanya kat bandar.. Sambung terawih kat kampung katanya.. Dah tu jangan lupa pulak cakap pasal telefon.. Setiap berapa minit masuk SMS nak wish selamat hari raya, bermaafan la, kosong-kosong la.. Berpantun bagai... Kadang-kadang tu dah pernah dapat, yang tahun lepas punya wish kita resend balik je..

Bunyi mercun pun makin galak.. Walaupun hari first puasa dah dengar bunyi.. Tapi time ni la yang paling meriah.. Rumah-rumah pun kalau malam makin meriah.. Kalau kat bandar biasanya rumah penuh dengan fairy lights.. Tapi kalau kat kampung yang lamannya luas, bukan setakat fairy lights, siap pasang pelita lagi..


Penutupnya...

Jadi itu la sedikit-sebanyak kisah Ramadhan yang ikut pemerhatian aku.. Bukan aku cakap confirm semua ikut turutan macam yang aku tulis, tapi ini sekadar yang ada depan mata aku la..

Apa pun, bulan Ramadhan ni memang unik sebab masa ni la dari siang ke malam meriah.. Dari bazaar ramadhan sampai la ke mercun berwarna-warni.. Untung orang Malaysia yang majoritinya Islam, sebab sambutan ni dirayakan sepanjang bulan.. Ada ke perayaan lain yang orang rayakan selama sebulan kan? Siap sambung dengan Hari Raya Puasa lagi.. Memang best!


p/s: 2011 kita puasa 29 hari je rupanya.. Hehhh...



No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..