Walaupun dah 1 Syawal ni, aku tetap nak cerita jugak pengalaman pertama (mungkin yang terakhir kalinya jugak) aku ke Jalan Tunku Abdul Rahman, KL di bulan Ramadhan.
Kalau nak ikutkan, aku memang pantang sangat nak pergi ke Jalan TAR ni nak pulak kalau waktu siang di bulan puasa.. Mak aku selalu ajak tapi aku dengan sekeras-kerasnya akan berkata tidak, tidak dan tidak! Tak sanggup aku dengan jam lagi, lepas tu penat sampai nak kering anak tekak jadi cam kurma.. Tapi sebab kakak aku ajak pergi time malam, aku pun fikir apa salah kalau cuba pergi kan..
Lagipun aku dok dengar kawan-kawan aku punyalah impian nak shopping raya kat Jalan TAR ni. Aku nak jugak tengok apa yang menariknya.. Apa yang syurganya Jalan TAR ni sampaikan kalau pergi boleh berjam-jam lamanya kau shopping..
Sekali mak aihhhh.. Malam-malam pergi pun kemain ramai.. Maunya tak berjam-jam.. Separuh masa yang habis tu kat atas jalan je nak menempuh jam.. Itu belum kira nak cari parking lagi.. Tak nak tidak, kitorang parking jugak kat tempat yang sekali masuk dia caj RM10.. Binatang sungguh! Ambik untung macam tu jer..

Apa pun sekurang-kurangnya aku dah ada pengalaman pergi ke sini time Ramadhan.. Sekali pun cukuplah bagi aku.. Lepas ni tak nak pergi dah.. Lagipun aku meneman orang je.. Aku takde nak beli apa pun..
Cuma yang aku kelakar, dekat jalan yang berdepan dengan Semua House tu, banyak sangat gerai jual mercun.. Kalau sebijik takpe, lebih dari sepuluh ye.. Macam lorong mercun pulak.. Itu okay lagi.. Sekali baru aku perasan, hujung tu ada van bertulis 'Polis Bergerak' yang ada polis bertugas kat situ.. Nak tergelak pun ada sebab tak faham polis tu tak kisah pun orang jual mercun.. Undang-undang tu kita tulis untuk bagi sedap baca je la kan.. Hahaha..
Dari kunjungan aku ke Jalan TAR ni, aku rasa orang menggila sangat nak pergi ke Jalan TAR bila nak dekat raya ni sebab harga dia jatuh banyak jugak la berbanding dengan harga barangan di awal ramadhan. Contohnya baju yang sebelum ni berharga RM70.00 sepasang dia jual RM100.00 untuk tiga pasang.. Itu kelebihan dia.. Cuma kekurangan dia, saiz yang kau nak mungkin tak ada..
Kalau berani ambil risiko beli last minute, korang bolehlah merelakan diri menempuh jam bukan takat kereta, malah menempuh laluan yang sesak dengan ribuan manusia yang ibaratnya kalah kesesakan orang nak tawaf kaabah, siap pakej bau-bauan yang kita takkan jumpa kat area jual perfume di shopping complex.. Sangat sweet..

No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..