Destinasi pertama berbuka kat luar..

Meh tanya kat korang kejap, sepanjang bulan puasa ni, berapa kali dah korang berbuka kat luar? kalau tanya aku, masa gambar ni diambil 13 Ogos 2011 lepas, ni la first time kitorang berbuka kat luar.. Kat Chop N' Steak, Jalan Daud, Kampung Baru..

Cadangnya nak berbuka di KGPA, Bukit Kiara.. Tapi cancel last minit sebab ni nak celebrate birthday adik aku sekali.. Jadinya kitorang berbuka kat sini lagi best la, private sikit.. Yang plan nak ke KGPA tu ditunda ke minggu depan (walaupun pada aku KGPA lagi best)


"Dengan adik aku.. Yang celebrate birthday tu adik lagi satu"

"Nah... Kau boleh ambik gambar style camtu??"

"Aksi perut ketat kakakku akibat makan banyak"


Sekali-sekala makan di Kampung Baru ni best jugak.. Dah besar kedai ni sekarang.. Aku still ingat masa kedai ni mula-mula dulu bukak.. Time tu aku kecik lagi.. Tengah sekolah lagi kalau tak silap sekolah rendah time tu.. Kedai dia memang kecik gila kat celah-celah rumah dia..

Tapi memang layak la business dia maju.. Sebab makanan dia boleh tahan sedap, paling penting harga dia memang berpatutan.. Hopefully business orang ni terus maju la sampai bila-bila..


No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..