Usaha dan Kecewa

Dalam hidup mesti kena ada usaha yang berterusan.. Usaha untuk kita terus maju ke depan. Tujuan utama dia bukanlah untuk memecut meninggalkan yang lain, tapi agar kita boleh bergerak seiring dengan yang lain dan tidak ditinggalkan ke belakang..

Tapi apa kata andai kita dah berusaha, tapi usaha kita tak berjaya bukan kerana kita tak cukup berusaha, tapi digagalkan oleh orang lain? Kecewa memang jawapan dia, boleh kata itu yang paling tepat..

Sebab orang Melayu lahir dalam bangsa yang dikritik kerana kurang usaha.. Adakah benar Melayu ni kurang usaha? Bila masuk universiti, skop pemerhatian aku jadi lebih meluas, apatah lagi di UiTM yang seratus-peratus pelajarnya adalah bumiputera. Pada aku, betul, ada Melayu yang malas usaha. Tunggu bulan jatuh ke riba..

Tapi aku juga nampak lebih ramai yang begitu berusaha, gadaikan masa, tenaga, wang Ringgit semata-mata untuk tebus maruah bangsanya, mengangkat darjat keluarganya, mengubah haluan destini diri sendiri dari sekadar golongan bawahan ke peringkat yang lebih tinggi..

Jadi di mana silap kita bila bangsa kita selalu gagal jadi yang terbaik?

Mungkin sebab satu faktor lagi yang mengatakan bangsa Melayu ni kuat iri hati, dengki, cemburu, jealous, intimidated atau terancam dengan kejayaan orang lain dari bangsanya sendiri. Kisah cantas-mencantas ni mudah kita nampak bila kita ada dalam UiTM.

Ada pernah sekali, masa aku part 6 diploma. Kumpulan aku dapat markah paling tinggi untuk subjek ETR300 (Fundamental of Entrepreneurship) untuk business plan kami. Nak dijadikan cerita, ada sekali tu kami nak pergi hantar attachment yang tercicir dari assignment tu. Masa tu jugak ada satu grup rakan sekelas kami yang pergi jumpa lecturer tu mempertikaikan markah kami sebelum kami masuk jumpa lecturer. Dan kami sendiri dengar titik bicara pertikaian tu.

Bayangkan, kat universiti kita tak pernah ada ranking siapa student dapat no 1, 2, 3 dan seterusnya. Kalaupun kami dapat A untuk subjek tu, orang lain pun boleh dapat A. Kalau dipertikaikan markah kami, dan dipotong pun markah kami, apakah markah mereka tu boleh ditambah naik? Tak jugak macam tu. Jadi kenapa dan mengapa, inilah hakikatnya sifat dengki dalam bangsa kita. Ini sekadar satu contoh.

Kita bayangkan, kalau kita tanam pokok mangga sama macam jiran sebelah kita. Bila dah besar, sama-sama berbuah, jiran kita rasa dengki sebab orang lain compare buah mangga kita lagi manis dari buah mangga jiran kita. Padahal kebetulan je dia makan buah jiran kita yang tak manis, dan termakan buah kita yang manis. Jadi jiran kita racun sampai mati pokok kita, biar pokok dia je berbuah. Hilang rasa intimidated tak pasal-pasal dia tu.

Apa kita rasa? Tak ke kejahilan nama dia sedangkan tak salah pun dua-dua pokok tu berbuah, bab yang orang nak compare tu biarkan diorang. Dengan itu, mati sebatang pokok tanpa perlunya ia dimatikan, tinggalkan kekecewaan pada kita dengan usaha menanam, menyiram, membaja pokok tu habis macam tu je..

Bangsa kita kena berubah, kena sepenuhnya hargai usaha orang bilamana orang tu dah cukup berusaha untuk memajukan diri dia dan orang-orang yang bakal mendapat manfaat dari usaha dia. Kenapa kita dengki? Kenapa kalau kita tak boleh buat, orang lain jugak tak boleh buat? Perlukah kita simpan sifat macam ni?

Belum lagi kita cakap soal bila orang tu mengusahakan sesuatu yang bukan kita gemar, tapi bakal memberikan manfaat kepada jumlah besar orang lain. Kita tak suka jadi kita sekat usaha orang, biar dia terduduk sebab tak dengar cakap kita. Itu kesombongan nama dia.

Kita lihat contoh, mak kita suruh pergi ke pasar beli ayam. Sebab satu family teringin nak makan ayam percik mak kita buat. Tapi kita tak nak makan ayam percik sebab kita ni mengidam nak asam pedas. Mak kita tak nak buat sebab dia tak reti masak asam pedas, dan satu family pun tak nak asam pedas. Kita pergi jugak ke pasar, pergi pun lambat-lambat, lepas tu terus balik rumah dan cakap ayam dah habis.

Memang ayam kat pasar habis, tapi habis bukan sebab kita ada usaha untuk berebut dengan orang lain untuk mendapatkan ayam tu, tapi sebab kita tengok je orang lain beli ayam tu. Walaupun duit dah ada dalam genggaman, walaupun kita tau kalau kita mencelah sikit je dan sampaikan duit tu kat tokei ayam, confirm kita dapat bawak balik ke rumah, ayam tu.

Kesan dari tu, satu family melopong tak ada lauk nak makan. Satu family hampa. Satu family terkesima dengan apa yang jadi. Nak salahkan kita, mereka tak sampai hati sebab dalam hati, mereka punya yakin yang kita dah usaha. Mereka tak tau hakikat sebenar. Sepatutnya tengahari tu satu family bergembira boleh berkumpul, makan ramai-ramai. Sudahnya satu family makan nasi dengan kicap dan garam, termasuk dengan kita sendiri. Biar orang asam pedas tak dapat, ayam percik pun tak dapat. Biar semua melopong. Puas hati kita.

Inikah sikap yang kita nak semai dalam diri kita? Inikah jenis genetik yang akan kita wariskan kepada generasi kita? Inikah yang kita nak bila kita mahu bila kita betul-betul mahu bangsa kita sama taraf dengan bangsa lain.

Bangsa kita kuat usahanya, tapi bangsa kita jugak yang selalu kecewakan usaha bangsa sendiri, sebab iri hati, dengki, jealous, intimidated dan lain-lain bentuk busuk hati. Cuma orang lain tak nampak punca kekecewaan ini, yang orang nampak hanyalah Melayu ni malas, usaha separuh jalan. Macam mana nak usaha sepenuh jalan, kalau baru separuh jalan orang dah sabotaj, kan?

Jika ada terlintas diri kita ke arah ini, Istighfar banyak-banyak. Bila datang satu usaha orang kepada kita, dan perlu kita sambungkan usaha tu supaya ia berjaya, beramal la.. Sebab masa ni kita ada dua pilihan saja. Tolong atau sabotaj. Pahala atau dosa. Amanah atau Khianat. Syurga atau Neraka.

Siapa tahu, dengan satu langkah yang betul, bangsa kita boleh berubah jadi yang terbaik. Memetik kata-kata seorang historian Amerika, "The greatest discovery of my generation is that man can alter his life simply by altering his attitude of mind" - James Truslow Adams.

Kalau setiap orang bangsa kita ni saling bersahut-sahutan membantu usaha di antara satu sama lain, tak berdengki untuk menjahanamkan orang, siapa tahu bangsa kita, negara kita, agama kita dapat jadi yang terbaik satu hari nanti?



Semua ni tak mustahil, ubahlah minda kita.




No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..