HRD Training - Water Confidence

Training kedua yang kitorang kena participate untuk subjek Human Resource Development ni adalah 'Water Confidence' iaitu training untuk meningkatkan keyakinan diri ketika di dalam air.. Pendek kata tau teknik asas untuk berenang camtu laa..

Training yang ni kitorang buat tak jauh pun, dekat Pusat Akuatik UiTM Shah Alam je.. Kebetulan sekarang ni kan tengah cuti semester (kitorang je gatal ambik kelas tambahan) jadi tempat tu memang tak penuh dan boleh kata tak ada orang lain pun..

Dalam banyak-banyak training, aku rasa ni la training yang paling best, sebab yang ni kitorang memang enjoy gile. Cuma yang tak best dia, chlorine kuat sangat sampai baju yang hitam jadi warna coklat terus.. Sape yang rasa-rasa nak tukar kaler baju tu, boleh la rendam baju dalam kolam tempat ni..


"Buat muka lahanat kat kaunter registration lepas tu lupa nak register"


"Sesi regang-meregang.. Lah sempat posing ye.. Hek elehhhh"


"Dah regang-regang.. Keceburrr!! Dalam air pulakkk posingnyeee"



"Mereka-mereka yang telah mempunyai confident di dalam air"



Training ni seronok tapi agak memenatkan jugak.. Nasib baik aku naik bas UiTM.. Masa ni sebenarnya aku daripada rumah kat Wangsa Maju.. Aku sampai dalam pukul 12.00 tengahari, betul-betul awal sikit sebelum bas bergerak pukul 12.15 tengahari.

Kalau lambat aku nak pergi naik kereta je.. Lepas balik tu, baru rasa untung sangat sebab naik bas.. Penat kot sampai tertidur-tidur aku ni.. Padahal dari Shah Alam ke Puncak Alam je..

Thanks la kepada organizer sebab makanan sangat sedap.. Heee.. (Ataupun sebab lepas swimming memang lapar, baham apa pun sedap... Hahaha)




No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..