Puncak Alam - Meru Banjir!

Masa mula hujan, sekitar lepas subuh, aku still study sebab pagi tu aku ada final exam.. Masa hujan turun tu aku macam dah pelik jugak sebab lebat sangat hujan dia.. Tapi takde la agak sampai banjir kan..

Kitorang keluar rumah sekitar pukul 8 pagi sebab final exam pukul 9. Masa tu baru aku sedar yang area sini dah start naik air.. Nak keluar dari perumahan Puncak Alam ni pun boleh sesak sebab kereta kena jalan perlahan-lahan..

Lepas habis exam, hujan pun dah turun.. Keluar je dari kampus, amboi mak aii.. Nak masuk dalam perumahan tak boleh (terputus hubungan sebab dua-dua jalan utama naik air)..

Disebabkan hari tu adalah hari Jumaat, kitorang terus pergi ke Meru.. (kitorang ada habit pegi makan kat Meru setiap hari Jumaat).. Sampai je Meru, banjir tak payah cakap lah.. Nasib baik sangat lepas, itu pun sebab kitorang betul-betul himpit belakang sebijik Hilux ni..

Nak cakap lebih pun tak terbayang kan.. Layan dengan gambar kat bawah je la...













Semua kejadian ni, bencana ke apa ke, adalah untuk membuatkan kita sedar dan sentiasa merasai kewujudanNya.. Dia yang menurunkan bencana, dan Dia jugalah yang menurunkan nikmat...


2 comments:

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..