Malaysian Chinese

Lepas 2008, prejudis perkauman start bertambah di kalangan rakyat kita, tak kira la parti apa.. Melayu ke Cina ke, bangsa apa sekalipun, kebanyakkan isu sume nak kaitkan dengan perkauman. Kadang-kadang takde benda pun..

Paling ketara, hubungan Melayu-Cina.. Aku pun tak faham kenapa benda ni boleh diperbesar-besarkan oleh orang.. Aku tak cakap BN ke, Pakatan ke.. Masing-masing sama je..

Yang aku faham, tak semua Melayu ni tak suka Cina, macam tu juga tak semua Cina ni tak suka Melayu. Tapi tak dinafikan, ada jugak Melayu yang ada prejudis pada Cina. Macam tu jugak ada sesetengah Cina yang cam harem je..

Kalau pada Cina, walaupun aku penyokong UMNO, aku tak rasa yang semua Cina yang sokong DAP ni racist. Ada jugak yang baik. Tak fikir pasal nak jahanamkan Melayu. Tak dinafikan memang ada yang jahat kan.. Tapi tak semua tu dalam DAP. Dalam semua parti majoriti Cina ada je watak lahann ni..

Melayu pun macam tu. Orang kata UMNO ni racist, tak suka Cina adalah sebab UMNO tu Melayu. Hakikatnya ada je racist di dalam PAS hatta dalam PKR sendiri pun.. Kalau tak, takde la isu perkauman masa pemilihan parti-parti yang katanya berbilang kaum ni.. Depan mata memang kata tak ada.. Belakang kira? Adaa... Jangan kata tak ada..

Yang kita kena faham, Cina tak semua tu jahat.. Diorang tak sokong kerajaan bukan sebab diorang pro DAP yang chinese chauvinist kata orang tu.. Diorang just upset dengan kepimpinan Pak Lah, jangankan Cina, Melayu sendiri pun tak puas hati sampai orang UMNO sendiri suruh dia step down..

Kerana orang Cina ni sinonim dengan aktiviti ekonomi, kerajaan patut jaga urusan ekonomi mereka ni. baru diorang puas hati.. Jangan tuduh sembarangan kata orang Cina itu ini.. Tak payah terikut-ikut dengan politik perkauman DAP tu..

Korang rasa UMNO perkauman? Tak suka Cina? Masakan! Tak semua eh macam tu.. Apa yang penting, kita rakyat bawahan ni, kita kena pandai fikir sendiri. Apa pemimpin parti yang kita sokong tu kata, kita buatlah pertimbangan sendiri..

Bab ni tak boleh salahkan apa parti sekalipun.. Kalau dah Allah bagi kita akal, boleh je kan kita fikir.. Kepada Malaysian Chinese, you guys are like my own brother and sister.. Say NO to racism, Say YES to 1Malaysia!



No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..