Keredhaan..

Aku suka tengok orang yang gembira dengan diri sendiri, terima diri sebagaimana adanya diri mereka.. Tak kisah kurus sangat ke, gemuk ke, cacat ke, hitam biru pink hijau ke kulitnya.. Yang penting mereka redha dengan diri masing-masing..

Cara mudah, gambar kat Facebook tu pun boleh nampak.. Berapa ramai yang konfiden dengan diri masing-masing.. Sayang sebab ramai je yang tak boleh terima diri sendiri.. Mula la letak gambar pokok la, gambar budak kecik la, gambar artis la.. Sebab gambar sendiri tak lawa.. Aku begitu, aku begini..

Dah kalau camtu diri kita nak buat macam mana, terima je la kan.. Yang penting kita redha dengan apa yang kita ada..

Dalam hal macam ni, aku banyak tengok pada adik aku.. Aku tau dia takkan layan blog2 ni, so boleh la cakap kat sini.. Aku selalu tengok adik aku, ketabahan dia.. Dalam family aku, aku paling kagum dengan kekuatan dia.. Dia selalu kena uji.. Tapi dia tetap strong.. Aku rasa aku pun tak sekuat dia..

Sebab tu aku menyampah sangat-sangat bila orang yang setakat sakit sikit, heboh kemain sakan nak mintak simpati kat Facebook cam okay, kau je la sakit kan.. Kau je la nak orang faham yang kau sakit kan.. Adik aku sakit lagi la macam-macam.. Hospital tu cam rumah kedua.. Tapi takde pun dia nak kecoh.. Dia pun ada account Facebook ape..

Cam kalau kau demam, pening, kau cakap dalam Facebook.. Ape kess?? Betul, boleh je delete kan news feed tu. Tapi sebelum delete, of course kita dah terbaca.. Tak ke annoying.. Lagipun, kalau kau demam, tak sihat, pening whatever, kan ke elok kalau kau rehat.. Mengadap laptop ni macam mengadap lampu, silau.. Lagi la teruk kau punya pening.. Simple je kott...

Aku kadang-kadang menangis fikirkan adik aku.. Alhamdulillah, Tuhan bagi dia kekuatan nak hadapi banyak betul cabaran.. Aku harap sangat semua tu sebab Tuhan nak bagi ganjaran yang besar pada dia.. Qada' dan Qadar orang kita tak tau, tapi kena yakin, always hope and pray for the best..

Everytime aku rasa down, aku rasa cam "Eh apehal aku buat ni tak jadi, apesal orang tu dapat tu", aku akan fikir adik aku.. Then aku akan rasa relieve sikit.. Untung aku ada adik macam ni.. Tak pernah merungut lebih-lebih.. Selalu sabar..

Aiqaa Razmin, kau memang sumber inspirasi aku.. Aku sayang sangat kat kau, apa jadi pun, aku akan sentiasa doakan kau dapat yang terbaik.. Sabar banyak-banyak dengan ujian Allah, insyaAllah ada something untuk kau nanti, kau akan dapat lebih dari orang lain...




No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..