Adikku pergi PLKN.. (Habislah 3 bulan kau!)

Selepas sekian lama takde family members aku yang dapat PLKN, akhirnya adik aku yang last tu dapat gak PLKN kat Kem PLKN Setia Ikhlas, Semenyih.. Sebelum ni aku yang kena PLKN ni, tapi lagi laa cam hape, sebab kena kat Sandakan, Sabah..

Mula-mula aku malas nak ikut pergi hantar adik aku ni, sebab aku tak rapat dengan dia pun.. Lagipun aku penat gile hari tu.. Bila mak aku dah bising marah-marah sume, terpaksa gak laa aku ikut.. Hee.. Jahat betul.. So begini la gambar suasana diaaa...



"Aku baru tau MINDEF ada office kedua, kat Wangsa Maju pulak tu!"






"Si mangsa PLKN yang baju biru tu"


"Okay, si artis dengan tunang dia dah sampai"





"Bajet langsi, naik bas nak duduk belakang je kan... Huahuahua"



"Memang diorang saja bukak pintu kargo tu untuk duduk, kan"




"Banyak kan bas.. Sayang sebab tak penuh.."




"Okay, bas dah start jalan.. Lambai jangan tak lambai"





Jangan tak tau eh, time ni ada yang menangis tau! Cam pelik pulak sebab bukan cam Akademi Fantasia, tak leh jumpa langsung.. Time aku dulu lagi la, dapat kat Sabah.. Konfem 3 bulan tak jumpa.. Tapi takde pun budak bas aku yang menangis..

Tak kisah la.. Sibuk je aku hal orang kan.. Ahahaha.. Ambik la pengalaman banyak-banyak.. Nak pendek cerita, memang sengsara la 3 bulan korang.. Tapi dalam kesengsaraan tu la korang belajar camne nak jadi lebih strong dalam hidup ni..

Kalau aku boleh pilih nak kena PLKN atau tak dulu ni, aku tak pasti aku boleh bagi jawapan.. Sebab ada best, ada yang tak best.. rasa tersiksa sepanjang masa pun ada.. Dari segi input, memang tak best, tapi dari segi output, apa yang kita dapat dari program ni memang berguna sangat pada aku..

Thank God in life kita ada sistem takdir.. Susah-susah nak decide, biar takdir je tentukan.. Tak gitu? Ahahahaha...




No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..