Ni adalah salah satu aktiviti yang dibuat bersama-sama dengan budak-budak kelas aku, team-building.. Sambil makan, borak-borak, apetah lagi, diselitkan jugak segmen event planning ni.. Sebenarnye tu la tujuan utama program ni..
Event planning sebagai sambungan or pelengkap kepada perbincangan kitorang untuk final year project kitorang, iaitu 'Live Your Life Carnival'. Kiranya nak coordinate betul-betul dan pastikan semua elemen yang ada dalam karnival tu dah fixed, especially bahagian budget dia..
"haa hambek nih marker sorang satu.. jangan kasi hilang harta MCO haa"
"group depan kemain fokus, yang belakang banyak termenung jer"
Kalau nak diikutkan, team building ni bukan la jenis yang merapu-rapu macam budak event lain selalu buat tu.. Ntah apa-apa dan pengisian dia sekadar hiburan kosong.. Yang ni jenis team-building akademik, sambil eratkan hubungan, sambil belajar..
Caranya simple. Lokasi dia kat rumah kitorang je.. Free, xpayah nak bayar-bayar.. Lepas tu aku belikan manila kad untuk diorang draf dan bentangkan maklumat penuh pasal sub-program masing-masing..
"E'e, kita jemput Lady Gaga meriahkan program kite nak? kata Kelebe"
"Kalau takde yang extend, senang dah keje aku"
Setiap orang dipecahkan kedalam sub-program masing-masing.. Kiranya satu group ada 2 orang.. Kecuali group admin ada 3 orang (PM dan 2 orang PD). Setiap group pulak kena bagi nama group masing-masing, yang berasaskan nama negara.
Hasilnya, jadilah gabungan E'e & Keleba - France, Lela & Lah - Egypt, Akmal & Ecah - Mongolia, Pejal & Lan - India, Iema - Haiti, Madi & Aspa - Spain.. Saja suruh bagi nama kumpulan.. Nak bagi ada kreativiti sikit..
"Ni hape punye banyak budget korang mintak ni? Ish ish ish..."
"Tengok kat cikgu ni, susun presentation korang macam draf ni okay"
Seronok sebenarnya bila dapat kumpul ramai-ramai satu kelas untuk buat assignment.. Nak pulak bila classmate tak ramai, ada 15 orang je.. Bila wat kerja dalam group, macam-macam idea boleh keluar, so kerja pun lebih produktif..
Alhamdulillah, aku dapat group yang senang bagi komitmen untuk assignment.. Rasa kesian tengok kawan-kawan dari group lain yang banyak betul masalah bila nak bincang pasal final event masing-masing..
"Pejal + Lan = India.. Siap ada ladam kuda dalam presentation tu hah"
"I'm not single.. Iema = Haiti"
Memang kalau nak ikutkan, susah nak dapatkan cara paling ideal untuk coordinate final event kita, melainkan kalau semua sekali ahli group kita duduk meeting sama-sama, then keluarkan idea masing-masing..
Selagi tak dibuat sama-sama, memang jangan harap la kita dapat carik jalan nak finalizekan final plan kita tu.. So far kitorang dah dapat hasilkan final plan untuk final event kitorang. Yang tinggal hanyalah nak proceed dengan submission of proposal.. Tengah cari masa yang sesuai je..
"Boleh kau menguap kat depan tu?? Lela + Lah = Egypt"
"Kitorang nak wat program urut kaki, tengok kaki kitorang ni.. Madi + Aspa = Spain"
Biarpun orang cakap group aku ni apa sekali pun, sekurang-kurangnya aku sendiri nampak peningkatan prestasi dalam group aku sendiri.. Bukan senang nak letakkan group kita sebagai pesaing utama dalam batch masing-masing.
Effort ni memang mustahil la kalau dari aku seorang. Macam aku cakap tadi, syukur sebab dalam group aku MCO, masing-masing nampak hala-tuju masing-masing, nak produce yang terbaik. Sebab tu tak susah nak arrange presentation atau academic team-building macam ni.
"Boleh terkesima pulak group ni bila ditanya soalan.. Akmal + Ecah = Mongolia"
"Hmm kau je la cakap keleba, malas aku.. Kata E'e.. Kelebe + E'e = France"
Kepada kawan-kawan MCO sekalian, korang memang best. Rasa bangga sebab dapat peluang kenal, belajar sama-sama, mengajar dan diajar oleh korang.. Hopefully lepas grad, kita dapat peluang nak kerja or dapat projek sama-sama untuk grand event..
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..