Lunch @ Delta House


Setelah rumah kitorang sekian lama jadi penganjur untuk sesi makan-makan MCO ni, kali ni budak-budak Delta House (rumah perempuan) bertegas pulak nak jadi penganjur sesi makan-makan satu kelas..

Antara acara dia adalah makan, lepas tu tengok hindustan (Mujhse Doste Karuge) and lastly, jangan ingat tak ade, kelas grooming..

Memang best sebab semua ada kecuali pejal (balik - hal family), Madai & Adah (kolej).. Lepas makan yang sangat sedap tu, tengok hindustan pulak sambil makan aiskrim.. By the way, gambar time makan takde sebab tengah fokus melahap..



"Pernah tengok ular sawa kenyang? Pernah tengok ular sawa korek hidung?"

"Lan posing maut, Keleba dah tak senang duduk cam nak terkam si Lan.. Aumm"

"Rani Mukherjee dok nyanyi dalam TV tu.. ALahai bestnye Hindustan!"

"Haa.. Kelas grooming bersama cikgu E'e.. Muridnye adalah Lan"
"Taraa.. Hasilnya.. Make up pattern 1, untuk VC Live Your Life"

Memang enjoy sesi ni sebab eratkan hubungan satu kelas.. Tak kisah la kat Beta House ke, Delta House ke, yang penting dapat kumpul makan sama-sama..

Kelas kitorang ni dah macam adik-beradik.. Rapat sesama masing-masing.. So memang senang la nak buat aktiviti macam ni..

Hopefully nanti masa akan datang, dapat buat lagi aktiviti sama-sama macam ni..

No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..