Hari baru bermula, maka pengembaraan explore Melaka pun diteruskan.. Lepas je ambik kereta Avanza ayah Lan yang baru beli tu, kitorang pun memulakan perjalanan untuk melancong ke Bandaraya Bersejarah ni..
Rasa excited nak melancong sebab ni la first time melancong dengan budak-budak kelas.. Last time satu kelas pergi Penang tapi tak la melancong sangat kat Penang tu.. Melawat event je.. Lagipun Penang dah nama pun kampung sendiri, takde la melancong sangat kan.. Balik kampung namanya tu..
Antara tempat-tempat yang kitorang pergi untuk hari teakhir ni (hari terakhir terus, padahal pergi 2 hari je!) adalah Bukit St. Paul, A-Famosa Fort, Pahlawan Square dan Menara Taming Sari..
"Stadhuys - Ikon Pelancongan Melaka"
"Gereja Lama di puncak Bukit St. Paul"
Diceritakan sebenarnya Bukit St. Paul ni nama sebenarnya adalah Bukit Melaka, yang merupakan puncak tertinggi di Bandar Melaka.. Diceritakan jugak sebenarnya di zaman kegemilangan dan kemakmuran Empayar Melayu Melaka satu ketika dulu, Istana Melaka telah dibina di atas puncak bukit ni..
Bagaimanapun, lepas je Melaka dijajah oleh bajingan dari Portugis, Istana Melaka telah dibakar dan dimusnahkan sama sekali, dan segala hartanya yang tersisa telah dirompak, bagi menghapuskan saki-baki bukti kewujudan dan kehebatan Empayar Melayu Melaka.
Sesudah dimusnahkan Istana Melaka, gereja ini pun di bina dan diberi nama Gereja St. Paul.. Oleh kerana nama gereja ni, maka lekatlah nama bukit ni, dari dipanggil Bukit Melaka satu ketika dulu, kepada Bukit St. Paul.. Antara perkara yang tragis dalam Sejarah Melayu kita ni..
"Pemandangan dari bukit ni mengunjur sampai ke Selat Melaka"
"Syarat melancong - kena ada topi atau hat"
"Tetiba aku tertepis tangan aku kan.. Keceburrr! Haa tak pasal!"
Yang okay sepanjang melancong ni, cuaca sangatlah baik.. Tak hujan langsung pun.. Rezeki la kan nak dapat peluang melancong, walaupun dah spare beli payung dah masa mula-mula datang.. Tapi disebabkan panas jugak, kitorang masuk ke Pahlawan Square untuk berteduh..
*----- siri Hello Melaka ni ada 5 episod sebab panjang sangat-----*
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..