Al-kisahnya.. Untuk subjek Customer Service Principles, kitorang kena buat presentation pasal mana-mana company punya Customer Service Policy. So berbagai-bagai la company yang keluar, syarikat tu syarikat ni.
Yang paling best ape tau, Kentucky Fried Chicken atau KFC. Kalau tak silap group Ain yang buat ni. Gile la dah la tengah lapar time tu, terus teringin pulak. Kitorang bertiga, aku, Lan dengan Pejal dah berbisik-bisik sesama kitorang, "Eh, balik ni makan KFC nak?"
Sekali habis kelas tu terus memecut kereta pegi ke Saujana Utama. Dapat makan KFC.. Padahal ni godaan presentation je.. KFC kena bayar komisen kat group yang present pasal company KFC ni.. Hahaha..
"Nyam-nyam.. Kau ade?"
No comments:
Post a Comment
You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..