OMSA oh OMSA

Sebenarnya lama dah aku diam pasal isu 'pembubaran' Office Management Student Association (OMSA). Bukan pasal apa, benda dah ditiadakan, jadi aku pun malas nak buka mulut. Memang patutnya aku sebagai Presiden OMSA nak kena umumkan kat semua ahli pasal 'pembubaran' ni, tapi aku tak mau mendahului tindakan fakulti, memandangkan MPP dah janji akan ada satu taklimat dari pihak fakulti mengenai penyerapan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat (FPTP) ke dalam Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP).

Secara kronologinya, pada 12 September 2011 hari tu, seorang MPP ada call aku mengenai OMSA. Dia tanya pendapat kalau-kalau nanti dalam meeting MPP bersama pihak fakulti baru (FPP) akan dapat keputusan yang OMSA akan dibubarkan. Aku cakap pada dia, pada aku apa pun keputusan fakulti aku terima je la. Cuma kalau ada ruang, kalau boleh biarlah OMSA tu 'bernafas' untuk satu semester je lagi. Bukan gila kuasa ke apa, tapi sebab aku kesian kat junior-junior yang baru je merasa pegang jawatan sebagai AJK OMSA, tak sempat berkhidmat pun jawatan mereka dah lesap macam tu je..

13 September 2011, meeting MPP dengan pihak fakulti. Hasil dari meeting tu tak tau apa.. Hanya yang terlibat je tau.. Senyap.. 14 September 2011 pun senyap.. Aku pun tertanya-tanya nasib persatuan aku dan anak-anak buah aku.. 15 September 2011, aku dijemput ke mesyuarat MPP bersama persatuan-persatuan lain di bawah FPTP. Di depan berapa orang pemimpin-pemimpin persatuan dalam mesyuarat tu la baru aku diberitau yang OMSA tu dibubarkan atas keputusan fakulti.

Aku agak kecewa dengan dua sebab. Satunya, sebab fakulti bubarkan OMSA, yang mana memang tak boleh nak elak.. Keduanya, sebab MPP langsung tak ada terlintas nak inform aku dulu, walaupun sebelum tu aku pesan atas ehsan dia, apa-apa keputusan mengenai OMSA tolong bagitau aku..

Secara mentalnya memang aku tak sedia, rasa sedih pun ada sebab aku duduk dalam OMSA dah lama, perjuangan aku bersama kawan-kawan masa kita mula-mula start OMSA di UiTM Puncak Alam lebur macam tu je.. Lepas tu rasa malu pun ada, bayangkan dalam ramai-ramai orang tu, aku sorang je yang jawatannya lesap macam tu je, tanpa sebarang hint, tanpa sebarang info dari MPP terlebih dahulu.

Dalam keadaan tu, aku kena telan apa semua benda yang dibagitau kat aku sorang-sorang sambil semua mata tertumpu pada aku dan tunggu reaksi aku..


* * * * *


Selang beberapa hari, aku jumpa advisor aku Cik Azzura untuk berbincang macam mana nak uruskan aset-aset persatuan lepas pembubaran. Lagi sekalinya aku terkejut sebab penasihat persatuan sendiri pun tak tau pasal pembubaran ni walhal dianya adalah pensyarah. Mati-mati aku ingat MPP dah maklum pada beliau tapi sayang tak ada langsung salah seorang MPP yang terlintas nak inform penasihat jugak. Kecewa lagi..

Selepas beberapa hari pulak, aku dipanggil ke satu mesyuarat bersama Association of Event Management Student (AEMS) untuk berbincang mengenai status Event Management Center, yang sebelum ni dikongsi bersama OMSA sebagai Bilik Gerakan OMSA. EMC dapat separuh, OMSA dapat separuh dari bilik tu. Bila OMSA dah tak ada, MPP pulak nak bilik tu untuk digunakan sebagai bilik gerakan pelajar FPP. Ingatkan nak bincang pasal tu aje, rupanya lagi sekali cerita pasal OMSA dibubarkan keluar dari mulut MPP, bertepek ke atas muka aku sambil disaksikan oleh entah berapa ramai AJK AEMS dalam tu..

(................termalu lagi)

* * * * *


Dalam-dalam aku bersabar menunggu untuk taklimat fakulti bagi memberikan penjelasan pada pelajar, rupa-rupanya orang lain yang jadi tak sabar. Salah seorang MPP pulak dengan rajinnya pegi post ke dalam Laman FB OMSA Puncak Alam dengan ayat "OMSA Kini Dalam Kenangan" yang aku sendiri dah remove. Bagi aku tindakan dia keterlaluan dan excited semacam seolah-olah tak boleh tahan perasaan nak bagitau semua orang yang OMSA dah tak ada.. Kadang-kadang macam tak reti nak hormat pun ada..


* * * * *


Kemudiannya, hampir dua bulan lepas tu, 14 November 2011 tiba-tiba aku dipanggil oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Sumber FPP. Katanya nak jumpa presiden OMSA. Sayangnya aku ada kelas belah pagi. Petang tu aku nak jumpa dia di Puncak Alam, dia dah balik ke Shah Alam.. Alahai, biasalah hidup kat tempat yang ada dua lokasi pejabat fakulti.. Keesokannya, genap lepas dua bulan jawatan aku dilesapkan tu, 15 November 2011 aku dah penasihat OMSA, Cik Azzura pergi berjumpa Timbalan Dekan tu di FPP UiTM Shah Alam.

Dalam meeting tu kitorang agak terkejut bila tujuan kami dipanggil adalah sebab Timb Dekan tu nak bincang mengenai status dan hala tuju OMSA. Aku just cakap dengan dia, nak bincang apanya Dr, kan OMSA dah dibubarkan. Tapi Dr. Samad, Timb Dekan tu cakap OMSA belum dibubarkan lagi. Dia pun tak tau dari mana kami dapat maklumat yang OMSA dah dibubarkan. Kami cakap yang MPP bagitau kami pasal pembubaran ni. Dia kata, tak ada. Dia tak pernah cakap pun.


* * * * *


Makanya sampai ke tarikh sekarang ni pun OMSA itu masih wujud. Belum lagi dibubarkan. Kecewa? Inilah kecewa terbesar. Hanya kerana MPP, dua bulan OMSA 'koma' - tak hidup dan tak mati.. Lepas jumpa Timb Dekan tu, Cik Azzura tanya, "macam mana ni Aniq, nak teruskan lagi ke OMSA ni?" aku just cakap "Entah la miss. Kalau ada masa nanti saya nak cakap kat MPP tu, kitorang bukan tak nak teruskan OMSA. Tapi OMSA ni persatuan pelajar, nak kena berhubung dengan MPP. Kalau dari awal lagi MPP tak redha kita ni, OMSA ni ada, buat apa kita nak ada OMSA? Kerjasama MPP confirm kita tak dapat, at least secara ikhlas"

Kadang-kadang aku pelik dengan MPP. Belum pernah aku bagi sokongan begini kuat pada MPP. Tapi akhirnya jadi macam ni. Aku sendiri tak tau nak percaya pada siapa bila nak dapat maklumat. Entah siapa betul siapa salah aku pun tak pasti. Tapi sekiranya MPP betul-betul tolong berjuang untuk OMSA, takkan terkeluar langsung ura-ura pasal pembubaran tu..

Tak mungkin diorang silap cakap, at least tak mungkin silap sampai dua kali dia announce depan orang mengenai pembubaran OMSA, siap panggil aku sebagai 'Mantan Presiden OMSA lagi'.

Tujuan aku tulis ni pun bukan la nak tegakkan benang yang basah ke apa benda ke.. Cuma aku agak terkilan, sudahlah OMSA tu dinafikan haknya, ditindas oleh orang yang sepatutnya membela kami, teraniaya secara halus, sampai sekarang pelajar-pelajar FPTP masih ingat sebarang urusan kena refer pada OMSA. Baru petang semalam ada tiga orang pelajar jumpa aku sebab dia tak puas hati dengan Majlis Anugerah Dekan, Jaket Fakulti dan duit bantuan kerajaan sebanyak RM200.00..

Aku kecewa sebab aku bagi jawapan "Sebenarnya benda-benda ni bukan bawah OMSA, tapi dah bawah Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF).." Seolah-olah macam lari dari tanggungjawab walhal nak cakap OMSA ni dibubarkan pun tidak, nak cakap ada pun tidak. Orang fakulti pulak lagi senang, apa-apa yang student tanya pasal aktiviti suruh refer pada OMSA, sampai la sekarang.. Suruh la refer pada SMF tu.. Hadoiii..


* * * * *


Harapnya MPP selesa la dengan perjalanan mereka tanpa OMSA. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka. Aku agak la.. Macam mana pun aku dah selesa dengan keadaan sekarang, pembohongan pasal pembubaran tu banyak hikmahnya. Setidak-tidaknya aku bukan lari dari beban amanah, dan pada masa yang sama, waktu untuk aku fokus pada study dapat la lebih sikit. Cuma pasal MPP, walaupun sampai sekarang tak ada sebarang permohonan maaf dari mereka walaupun penasihat aku dah berdepan dengan mereka, aku harap mereka dapat apa yang mereka kejarkan apatah lagi tanpa OMSA. Tahniah MPP, pejuang kami, wakil kami sebagai pelajar!


No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..