Warehouse Sales, Padini

Korang pernah dengar tak pasal Warehouse Sales Padini? Selama ni aku pernah dengar-dengar camtu je la.. Tak pernah la pergi lagi.. Aku hanya pernah lalu kat area Warehouse Padini ni je..

Cuma hari tu kakak aku tagged aku kat notification picture pasal Warehouse Sales Padini ni.. Kena pulak time aku bukak gambar tu, aku ada kat rumah budak-budak kelas aku.. Bila cakap dengan budak-budak ni, semua pulak pakat-pakat nak pergi hari Jumaat tu, walhal time tu kitorang semua ada kelas.. PONTENG!


Pasal kelas biar dia lebur kat situ.. Yang penting kitorang semua nak pergi menyiasat (sepatutnya shopping sakan) apa yang ada kat Warehouse Sales Padini yang katanya sangat ditunggu-tunggu oleh orang ramai.. Maklumlah, semua barang harganya RM5.00 saja.. Amazing sangat bila dengar baju Padini yang branded tu berharga lima hengget je..

Bila dah sampai tu, macam yang dah dijangka memang ramai sangat umat manusia dah siap nak serbu masuk ke dalam gudang tu.. Kalau hari tu pembangkang Malaysia nak buat demonstrasi kat KL, gerenti tak laku sebab umat-umat manusia ni sibuk nak pergi ke Warehouse Sales Padini ni..



Nasiblah pergi ramai-ramai dengan kawan-kawan, beratur panjang pun tak la rasa azab sangat.. Siap boleh gelak-gelak lagi masa tengah bertolak-tolak nak masuk tu.. Pengalaman sangat..

Bila dah lepas masuk tu, aku ingat dah habis sengsara dah.. Rupanya tidak ye kawan-kawan.. Dalam tu ada dua lagi checkpoint yang kau kena lepas.. Satu tu, dia akan check kita ada bawa beg besar-besar atau tidak.. Kalau ada, kena bungkus dulu.. Masing-masing akan dapat beg plastik warna oren untuk kita bungkus barang-barang yang kita nak..


Pergi pulak ke checkpoint seterusnya, kena tunggu pulak gate warehouse kat dalam tu bukak.. Bila dah bukak tu, rupanya kat dalam tu ada seramai-ramai umat, lagi ramai dari yang kat luar.. Dah macam kau jumpa semut banyak-banyak kat luar busut, rupanya kat dalam busut tu berganda-ganda lagi banyak semut dari kat luar.. Begitulah perumpamaannya..


Kalau yang ada sakit-sakit teruk tu tak payah la berangan nak pergi.. Kalau tak nanti takde siapa nak ambik peduli kau sakit ke, pengsan ke, mati ke.. Punya ramai orang bertolak-tolak dalam tu.. Memang menggila masing-masing melayan nafsu beli barang murah kan..

Bila dah pilih tu, nak beratur membayar pulak.. Kaunter bayaran dia punyalah ramai orang, Ya Rabbi sangat.. Kalau kau ingat kat luar tu ramai orang beratur nak masuk, kaunter bayaran dia memang tak payah cerita la.. Kalau kau pengsan kat situ, kau akan sentiasa pengsan dalam keadaan berdiri dan bergerak ikut arus manusia yang bertolak-tolakan..


Cuma yang aku geram, kat cina babi sekor ni.. Punyalah memaki "Don't Push" la, apa la, itu la ini lah.. Geram aku, dah la tak hot, muka nak emosi.. Heh kau ni dah terlebih makan babi ke apa, sampai perangai pun nak ikut binatang haram tu.. Standard la bila beli kat tempat murah, memang lah ramai orang.. Bila ramai orang bergerak dalam satu masa, keadaan memang jadi tak terkawal.. Tu yang kita rasa orang tolak-menolak tu..


Kau nak bajet hot, kau nak pakai Padini.. Tapi kau tak mampu.. Kau beli Padini murah.. Bila beli kat tempat murah, ramai la orang.. Kalau kau nak tenang-tenang, nak maintain hot, kau beli la kat Shopping Complex.. Kalau kau tak mampu, kau terima je hakikat kau membeli kat tempat murah yang penuh sesak dengan orang.. Bangang betul!

Bila dah habis keluar dari kesesakan yang dah macam nak menghantar orang pergi haji gamaknya tu, rasa lega sangat.. Last-last aku pulak yang rasa tak berbaloi.. Sebabnya aku beli 3 baju je.. Rm15.00.. Tu pun sampai sekarang tak pakai.. Murah tapi tak berbaloi.. Membazir lagi..

Pendek kata kau sebutlah apa jenis warehouse sales sekalipun, tak nak aku jejak dah ke tempat macam tu.. Barangan yang dia offer semua buruk-buruk, sekerap aku pergi ke Padini, aku tak pernah jumpa baju buruk-buruk camtu..

Aku syak diorang memang design baju buruk-buruk untuk warehouse sales la.. Baju cantik-cantik untuk kedai dia.. Bila sebut warehouse sales, orang ingat baju-baju dia macam kat kedai punya, yang cantik-cantik.. Bila dah tersampai tu, jadi cam kes aku la.. Takkan tak beli langsung.. Buruk-buruk pun beli la, nak bagi rasa berbaloi bila dah sampai.. Halahhh...



No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..