Health Carnival, Faculty of Pharmacy UiTM

Hari tu kitorang berkesempatan pergi ke Health Carnival anjuran student Fakulti Farmasi. Saja nak buat research sikit untuk final project kitorang. Kalau nak ikutkan aku tak tau pun ada karnival ni kat kampus. Kebetulan Wen bagitau aku pasal karnival ni.. So aku pun jalan je laa..




Karnival ni kalau nak ikutkan memang lemah sebab promosi dia tak jalan pun.. Bagi aku orang datang tak datang itu perkara kedua, yang penting kau ada promote event kau atau tidak.. Kalau tak kerana kitorang collaborate dengan diorang ni untuk final project kitorang, memang aku tak pergi la benda ni.. Sebabnya simple, tak tau ada event ni..




Aku ingat mungkin aku je yang tak perasan ada event ni.. Sekali bila dah datang tu, terbukti lagi ramai orang yang tak tau pasal event ni.. Sebabnya, kosong betul kawasan event tu.. Yang ada ramai pun budak-budak farmasi tu sendiri je..




"Hah kosong licin liau takde orang sangat nak datang!"






"Ni je la tempat yang ramai sikit orang pun"







"Ada rupanya banner ni.. Poster dia aku tak nampak pun kat Fakulti aku"








"Halahhh.. Takkan kitorang je pengunjung bukan dari Fac Farmasi nehhh!!"




Aku simpati jugak sebab karnival ni tak ramai pengunjung.. Pada masa yang sama dalam hati rasa marah jugak sebab students kita ni malas betul nak join event atau pergi ke mana-mana event. Malas! Membazir duit peruntukkan pelajar je..



Tapi untuk karnival ni tak boleh nak salahkan pelajar tak datang jugak.. Memang jelas penganjur punya effort tak kuat mana.. Sekarang ni baru faham kenapa subjek Event Marketing & Promotion tu penting! Haha..





No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..