Aku Masak Western (Jangan Memain Ko!)

Aku rasa aku pernah post pasal perangai aku ni suka nak belajar masak tapi sampai sekarang tak reti-reti.. Haihh.. Masa bulan September hari tu, nak masuk semester aku siap azam lagi nak reti masak.. Konon-konon beli daging ape la semua.. Last-last masuk bulan Oktober pun haram tak masak-masak..

Kalau ada pun aku masak setakat yang simple-simple macam maggi, frozen food camtu ada la.. Tak pun masak dengan kawan-kawan.. Nak harap sendiri masak memang rasa macam tak lepas lagi..

Tiba-tiba entah angin apa sampai aku boleh tekad pulak nak masak.. Keluarkan daging semua.. Daging kambing dengan salmon siap, lepas tu google carik resipi nak masak la, perap la.. Sebelum pergi kelas tinggal siap-siap.. Balik kelas je, taraaaa!

"Tetiba daging dah naik atas kuali la pulakkk"

"Yang ni chicken scallop apa entah.. Frozen.. Goreng je lepas tu zasss siap!"

"Aku siap terperasan kejap macam masuk rancangan Masterchef"


Mula-mula tu macam takut gila tak jadi.. Paling takut kalau rasa macam lahanat.. Nanti buang, membazir.. Tapi kalau tak try, bila lagi nak cuba kan.. Sebelum ni paling-paling aku masak spagetthi pun ada mak aku pantau, tak pun housemate.. Kali ni aku keseorangan.. Oh tidakk..

Tapi, Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan la jugak.. Ececeh.. Rasa boleh tahan la, tak la sedap macam kat kedai steak or western.. Tapi untuk yang kayu tak reti masak, kira lepas la.. Siap hias bagai konon-konon kau bersantap kat restoran.. Wahh.. Sebabkan hiasan tu, aku rasa macam makanan aku ni setaraf dengan rasa kat restoran.. (Halahhhhh)

"Ni la hidangan western sulung dari aku.. "

Tapi buat masa ni, ini je la satu-satunya makanan yang pernah aku masak dalam semester ni.. yang lain semua harapkan orang lain tolong masak, tak pun aku yang tolong orang masak.. Kalau makanan yang masak sendiri tu tak tau nak cakap.. InsyaAllah je laa.. Akan datang.. Lalala...


No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..