Aduhai Final Semester!

Semester ni aku rasa neraka sangat hidup aku.. Macam-macam nak kena buat tapi masa tu sangat terhad.. Aku pun tak tau kenapa program aku macam ni.. Nak suruh buat event itu-ini, lepas tu nak kena buat research la, elektif kemain banyak lagi..

Fokus utama aku semester ni mestilah "Live Your Life Carnival" sebab subjek ni 5 jam kredit.. Lepas tu takde final pulak.. 100% markah bergantung pada kejayaan atau kecelakaan carnival ni.. Subjek ni nampak je macam senang, buat event je.. Tapi, kejap kena keluar sana sini.. Dengan Puncak Alam ni jauh dari bandar besar lagi.. Haruuuu..


Jadual kelas aku bukan la fleksibel mana.. Kalau korang tengok jadual kat bawah ni, mana yang kosong-kosong tu sama ada kitorang kena ke Shah Alam atau KL, ataupun kena buat appointment dengan supervisor research kitorang.. Penat gila weiii.. Susah betul nak fokus study!


Dalam semester ni dah berapa kali entah aku tak tidur langsung.. Kadang-kadang tak tidur sampai 2 hari.. tu kira untung.. Pernah sampai 3 hari tak tidur pun ada.. Terlelap kejap-kejap je.. Baru nak tidur ada je benda kena buat.. Baru nak rehat ada je datang masalah..

Yelah, kena sedar diri.. Bila belajar kat IPTA ni, diorang banyak benda nak handle.. Kadang tu seolah-olah student pulak yang beriya nak buat itu-ini untuk universiti, tapi universiti sendiri tak bagi sokongan penuh.. Mana dengan karenah birokrasi lagi.. Adoiii..

Proposal event aku ni pun satu hal.. Susah betul nak lulus.. Aku rasa dah berapa puluh kayu balak terkorban untuk dijadikan kertas proposal kitorang ni.. Dah siap print berapa set entah, kejap lagi kang Ketua Program tukar.. Lepas tu Fakulti pulak tukar terus.. Lepas tu Penolong Naib Canselor dah tukar pulak.. Entah apa lagi bahana lepas ni tak tau.. Print tetap print.. Duit tetap duit.. Rabak la jadi student event.. Apa nak buat??



Mana dengan research lagi.. Aku gila stress pasal research ni.. Bukan pasal apa, nak cari masa tu memang macam nak gila.. Jangan la bandingkan aku dengan orang lain.. Memang orang boleh cakap "masa boleh cari" atau "make time!" tapi ingatkan aku tak cuba ke.. Aku ni lagi la pentingkan akademik lebih dari orang lain.. Tapi jujur cakap, aku tak terbawak dengan semua ni!

Aku tak nak target atau harap apa la untuk semester ni.. Aku cuma harap aku lulus dengan cemerlang la untuk subjek lain.. Untuk research seriously aku tak harap.. Paling-paling pun target B je..


Harapan terbesar aku adalah kalau boleh, pihak universiti ni bukak la mata sikit tentang keperluan pembelajaran para pelajar ni.. Mudahkan je sebarang urusan jika dikatakan urusan tu adalah urusan akademik.. Bukan apa, kesian kat pelajar, bayar yuran semua.. Lepas tu kerajaan lagi tambah subsidi untuk pelajar.. Rugi la duit rakyat kalau kualiti pembelajaran tak mencapai target dia..

Harap urusan-urusan seterusnya dipermudahkan.. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment

You can post your comments, responses, opinions or anything here. Thanks for visiting my blog..